Lokman tak faham apa yang dituduh
Datuk Lokman Noor Adam berkata, dia tidak faham dengan tuduhan ke atas beliau.
“Mereka tidak sebut penuh, negara ini ada undang-undang,” katanya.
Menurut Lokma beliau mengulas maklumat bahawa kumpulan Publika iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Azmin Ali hendak tangkap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya cabar buatlah sedang negara ini adalah undang-undang salah guna undang-undang untuk menangkap mereka tidak bersetuju belanjawan dan undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kerajaan ini hanya sementara apabila jatuh dan perbuatannya ini akan digunakan kembali kerana salah guna kuasa digunakan ke atas beliau,” kata Lokman.
Lokman juga mendakwa tiada laporan polis dibuat ke atas beliau dan arahan adalah terus oleh Perdana Menteri supaya Ketua Polis Negara bertindak terhadap musuh politik.
“Sebab hari ini Muhyiddin berdepan situasi getir untuk meluluskan belanjawan. Dia menakut dan mengugutkan orang,” katanya.
“Saya tikus makmal tangkap saya dahulu, Mujahid bekas menteri dan ahli parlimen juga ditangkap,” katanya.
Lokman dibebaskan selepas direman sehari mendakwa peguamnya telah berhujah bahwa tidak boleh reman untuk siasat, perlu siasat dahulu bila cukup bukti baharu direman untuk dituduh.
“Motif saya jelas saya tidak suka perdana menteri buli parti saya UMNO, kita bagi peluang jadi perdana menteri walaupun parti kecil dan kita tidak ada masalah.
“Dia nak penjara Najib dia buli UMNO, pengagihan kerusi tidak adil, kacau Sabah sampai pilihan raya, pilihan raya dia tipu kita, kata nak kerjasama dia masukkan PBS dan bagi jawatan ketua menteri kepada UMNO akhirnya dirampas juga,” kata Lokman.
Lokman telah 12 kali ditangkap polis dan dua kali juga ditangkap sebagai tahanan ISA.
Tonton laporan penuh: https://www.facebook.com/lokmanadamofficial