NasionalParlimen

LGE minta selamatkan feri Pulau Pinang, YB Arau menangguk di air keruh

Perbahasan

SEBENTAR tadi, Dewan Rakyat cuba dipanaskan oleh Yang Berhormat Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dibenarkan oleh Speaker, Datuk Azhar Harun untuk mencelah ketika Ahli Parlimen dari Bagan, Lim Guan Eng meminta agar perkhidmatan feri di Pulau Pinang diselamatkan.

Shahidan membuat kenyataan berbunyi, “feri gah merata dunia semasa Kerajaan BN (Barisan Nasional) memerintah.”

Kenyataan yang terpacul dari mulut Shahidan itu mendapat reaksi spontan yang semestinya tidak menyenangkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Kata Guan Eng secara terus kepada Shahidan Kassim, “Arau… jangan berangan-anganlah. Semasa melawat saya jadi Ketua Menteri, cakap lain.

“Sekarang duduk di sana… mari sama-sama selamatkan feri Pulau Pinang. Ini bukan isu politik. Ia turut melibatkan 1.7 juta rakyat Pulau Pinang.”

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Guan Eng, Shahidan berkata, “untuk rekod Parlimen, semasa Pulau Pinang banjir, saya bersama YB Bagan Datok ke Pulau Pinang. Kami selesaikan banjir Pulau Pinang.”

Kata Guan Eng pula, “Arau. Jangan lupa upacara graduan anak.”

Sebelum YB Arau cuba bikin panas, Guan Eng Feri menyatakan di dalam Dewan Rakyat bahawa Pulau Pinang berharap agar Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi perhatian terhadap perkhidmatan feri di pulau mutiara itu yang akan ditamatkan.

Kata Guan Eng, “Menteri boleh ambil berat perkara ini kerana semasa saya, telah pun memberikan insentif tunai RM30 juta dengan syarat ,feri Pulau Pinang dikekalkan.

“Ini tidak melibatkan satu jumlah yang besar. Kita yang berusia ini, tidak seperti Menteri (Tengku Zafrul) yang masih muda, kita nak kenang-kenangan yang manis.

“Khususnya kita pergi pulau pinang. Naik feri. Kekalkan feri untuk warisan, sejarah seperti Hong Kong, Kanada dan negara asing.

“Warisan tidak boleh dibeli dengan wang. Selamatkan feri Pulau Pinang,” kata Guan Eng. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button