Jenayah

Lelaki terkena letupan selepas alih barang di atas keretanya

Gara-gara mahu alihkan bungkusan di atas kereta namun malang tidak berbau seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian, di Pandan Indah, Ampang Jaya.

Mangsa yang bekerja sebagai tukang masak berusia 28 tahun dipercayai mengalihkan sebuah bungkusan di atas keretanya sendiri jenis Toyota Corolla Altis.

Namun sebaik sahaja menyentuh tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan yang teruk.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang namun telah disahkan meninggal dunia.

Polis menemui beberapa objek dipercayai bahan letupan untuk melakukan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah bunuh.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button