KemalanganNasional

Lelaki maut kereta langgar tiang jambatan

SEORANG lelaki berusia 27 tahun memandu kenderaan jenis Mitsubishi Lancer maut selepas kereta dipandunya itu terbabas lalu melanggar tiang jambatan di hadapan Istana Pelangi, Johor Bahru, Johor, malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Firdaus Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan maut itu sekitar jam 8.26 malam.

“Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dikejarkan ke tempat kejadian bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT).

“Turut berkejar ke lokasi kejadian ialah satu jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan tiga unit bermotor bomba (RIM),” katanya.

Jelas beliau, bomba yang tiba kemudiannya berusaha mengeluarkan mangsa.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian. – SUMBER Sinar Harian – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button