Kesihatan

Lelaki ini kongsi tanda jangkitan hMPV

SEORANG lelaki dari Malaysia berkongsi tanda-tanda virus hMPV yang dijangkiti menerusi laman fecebooknya iaitu, Sathesh Steve.

Menurut perkongsianya, antara gejala penyakit itu ialah batuk, demam, hidung tersumbat dan nafas berbunyi seperti wisel.

 

Bagi kes yang teruk, pesakit boleh mengalami bronkitis atau radang paru-paru terutamanya dalam kalangan bayi, warga emas dan golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Selain itu, golongan yang menghidap asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) atau emfisema iaitu keadaan pundi udara dalam paru-paru mengembang sehingga individu sukar untuk bernafas adalah yang paling berisiko tinggi.

“Virus tersebut menular melalui titisan atau aerosol disebabkan batuk atau bersin dan kontak rapat atau terdedah kepada persekitaran yang tercemar.

“Tempoh inkubasi adalah dari tiga hingga lima hari,” jelas CDC China lagi.

Sathesh juga turut menasihati orang ramai jika mempunyai gajala yang sama cepat-cepat dapatkan rawatan dari doktor.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button