Rencah Hidup

Lelaki didakwa engkar tunjuk sijil vaksin masuk premis perniagaan

SEORANG lelaki didakwa engkar arahan untuk menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 kepada pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah gedung membeli belah.

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun @runwitme dan berkongsi klip video itu berkata, rakaman berdurasi 14 saat itu berlaku di sebuah pusat membeli belah IKEA beberapa hari lalu.

A customer harassing @IKEA Malaysia security guard yesterday. He didn’t want to show his vaccination status and incessantly asked if the guard is fully vaccinated. And then he walked in just like that. So rude. @pedoqpop,” ciapnya.

Dalam klip video pendek itu, lelaki berkenaan yang memakai topi dan t-shirt hitam serta pelitup muka kedengaran bertanya kepada kepada pengawal tersebut sama ada dia telah divaksin sepenuhnya.

“You ada vaksin tak? You ada vaksin tak? You full vaccine? Takkan?” tanyanya dan terus berlalu pergi.

Sikap lelaki itu yang tidak memberi kerjasama dikesali oleh netizen.

“Abg berbaju Muay Thai, bertopi snapback, berkasut merah dan berperut buncit, kalau berani, try buat mcm ni dekat Pavilion or Sunway Pyramid. Dekat warga asing berani lah. Semoga dipermudahkan urusan dikutip
@PDRMsia,” komen Anwar Ahmad.

“Orang selalu takut kerana salah. Sebab tu gelabah excuses tak nak tunjuk. Kalau orang dah vaksin pun mesti bangga tunjuk handfone skrin walaupun retak sejuta, phone model buruk ke, tapi ni tak. Cakap je la ko tu antivaksin daripada ko tuju tuju guard tu full vaccine ke tak hmmm bodoh,” kata Floral marah.

“Snapback, baju muay thai, kasut merah confirm terpaling pahlawan. tah tah antivax tengok putih je mysj tu,” komen Baby Iqmal.

“Kat mall boleh la. Cuba pegi berurusan kat pejabat² kerajaan. Mau kena halau mamat ni. Minggu lepas aku pegi berurusan di JPJ. Anggota tunggu kat depan pintu check status vaksinasi. Tak vaksin, partial, even ada sorang mamat ni tak cukup tarikh matang second dose pun kena halau,” kata Hazwan Afifi.

Ketika ini kebanyakan gedung membeli belah telah mengetatkan peraturan hanya membenarkan pengunjung yang telah mendapat dua dos vaksin dan memiliki sijil vaksin digital dibenarkan masuk.

Pengawal keselamatan turut ditempatkan di pintu-pintu masuk ke dalam gedung membeli belah bagi menghalang mereka yang tidak memiliki sijil digital vaksin daripada memasuki premis tersebut.

Langkah itu selaras dengan arahan kerajaan yang membuka beberapa sektor ekonomi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk hanya membenarkan mereka yang telah divaksin sepenuhnya memasuki premis perniagaan dan makan di dalam kedai.

Malaysia tidak terkecuali daripada menjadi tempat segelintir kumpulan anti-vaksin yang tidak mahu mendapatkan vaksin Covid-19 kerana tidak percaya kandungan yang terdapat dalam vaksin tersebut selain takut kepada kesan sampingan jika disuntik.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button