Ekonomi

Lelaki dapat durian runtuh RM100,00 dari Bank Rakyat

IBARAT durian runtuh bagi salah seorang pemenang cabutan Akaun Pelaburan-I Rizq ,Muhd Faiz Abd Rahman membawa pulang sebanyak RM100,00 dari Bank Rakyat Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Mohd Faiz berkata, beliau bersyukur atas rezeki yang dikurniakan dan ini merupakan kali pertama beliau memenangi hadiah cabutan hadiah bagi produk pelaburan.

“Saya amat teruja dan berterima kasih kepada Bank Rakyat kerana memperkenalkan produk pelaburan yang mudah untuk disertai seperti Akaun Pelaburan-i Rizq Plus.

Faiz- pemenang bersama staff Bank Rakyat

“Selain dapat mengembangkan wang simpanan, saya juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan dapat mengeluarkan wang pelaburan saya pada bila-bila masa sahaja,” katanya semasa majlis penyampaian hadiah.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat, Zulkarnain Taman, Akaun Pelaburan-i Rizq Plus menunjukkan komitmen Bank Rakyat yang sentiasa berusaha mempelbagaikan tawaran dalam produk dan perkhidmatannya bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

Related Articles

“Diharapkan inisiatif ini bukan sahaja dapat membantu memupuk tabiat melabur dan menyimpan dalam kalangan masyarakat malah dapat menggalakkan pelanggan untuk melabur dan menyimpan secara konsisten bagi memenuhi komitmen kewangan mereka,” ujarnya.

Akaun Pelaburan-i Rizq Plus merupakan akaun pelaburan sulung Bank Rakyat yang diperkenalkan pada Julai 2022 lalu bagi membolehkan pelanggan Bank berkenaan melabur dalam aktiviti kewangan patuh Syariah.

Di samping berpeluang memperoleh pulangan keuntungan yang tinggi, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta secara keseluruhan menerusi program cabutan hadiah bagi kategori cabutan bulanan dan setiap setengah tahun.

Seramai 743 pelanggan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus Bank Rakyat telah berjaya memenangi cabutan wang tunai berjumlah keseluruhan RM562,000 sejak diperkenalkan.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat berhubung Akaun Pelaburan-i Rizq Plus menerusi laman web dan media sosial rasmi Bank Rakyat, perkhidmatan perbankan internet iRakyat atau menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454 serta mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button