Luar Negara

Lebih 211 termasuk kanak-kanak pendatang asing diselamatkan

Misi menyelamat dilakukan Sea Watch dalam tiga operasi

MASALAH pendatang asing bukan sahaja terpaksa di hadapi oleh Malaysia sebalikya pendatang asing tanpa izin adalah masalah global yang turut melanda negara luar.

Lebih 211 pendatang diselamatkan di luar perairan Sicily dalam tiga operasi. Pendatang yang cuba masuk bukan sahaja terdiri daripada kalangan orang dewasa tetapi termasuk kanak-kanak.

Mereka sebelum ini dilaporkan telah belayar dalam tiga bot dari benua Afrika menuju ke perairan Sicily.

Menurut laporan The Associated Press, tidak dinyatakan negara asal pendatang asing tanpa izin ini namun dipercayai, mereka memulakan pelayaran dari Libya, Timur Tengah.

Nasib pendatang asing tanpa izin ini agak baik kerana mereka diselamatkan dalam tiga misi berasingan oleh satu organisasi kebajikan Jerman, Sea Watch.

 

Misi menyelamat Sea Watch dilaporkan dilakukan antara Rabu dan Jumaat lepas.

Italy allows 10 migrants to leave German Sea-Watch ship | News ...

Kesemua mereka pendatang asing tanpa izin ini dibawa masuk ke Itali dan menjalani pemeriksaan kesihatan saringan COVID-19 sebelum dikuarantin.

Tempoh kuarantin yang ditetapkan ialah dua minggu, itu menurut tempoh yang dikenakan oleh negara Barat termasuk Persatuan Eropah (EU).

Itali pada April lalu telah mengambil langkah menyekat kemasukan pendatang asing susulan penularan COVID-19.

Negara itu cuba untuk memutuskan rantaian COVID-19 daripada terus merebak dan dijangkiti oleh rakyat tempatan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button