Luar Negara

Lebih 1,700 warga India terkandas di Malaysia dihantar pulang

SEBANYAK 1,760 warga India yang terkandas di Malaysia dihantar pulang pada Jun lalu menaiki penerbangan khas yang dikendalikan syarikat penerbangan India kerana penerbangan yang digantung akibat penularan pandemik koronavirus.

India mengendalikan 10 penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai bandar di India sepanjang bulan lepas di bawah Misi Vande Bharat untuk membawa pulang rakyatnya yang terkandas dari seluruh dunia, menurut perincian yang ditweet oleh Menteri Penerbangan Awam negara itu.

Penerbangan di bawah pelan itu dikendalikan India Air dan lain-lain syarikat penerbangan India secara berbayar.

Menurut laman sesawang Kementerian Penerbangan Awam, 159,253 rakyat India telah kembali ke tanah air mereka melalui 832 penerbangan sehingga 30 Jun di bawah pelan evakuasi yang bermula 6 Mei.

Sebahagian besar yang kembali ke negara itu adalah dari rantau Teluk kerana kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

Pekerja migran, pelajar, pelancong yang terkandas dan ahli keluarga mereka yang bekerja di luar negara telah memanfaatkan program evakuasi itu yang akan memasuki fasa keempat pada Jumaat ini (3 Julai). – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button