Nasional

MySejahtera dibangunkan syarikat Malaysia bertaraf antarabangsa

Dakwaan kononnya aplikasi MySejahtera bagi pengesanan kontak Covid-19 dibangunkan oleh syarikat luar,  KPISoft Inc berpangkalang di Amerika Syarikat adalah tidak benar.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan hari ini berkata, syarikat KPISoft Sdn Bhd. yang membangunakn aplikasi tersebut merupakan syarikat tempatan berstatus MSC dan ditubuhkan pada tahun 2010.

Syarikat KPISoft diasaskan oleh dua orang rakyat Malaysia iaitu Anuar Rozhan dan Raveenderan Ramamoothie. Mereka merupakan pemegang saham terbesar bagi syarikat tersebut sehingga hari ini.

Di bawah bimbingan MDEC syarikat berkenaan telah menempa nama ke peringkat serantau dengan pembukaan ibu pejabat di Asia-Pasifik dan seterusnya peringkat global di Amerika Syarikat, Timur Tengah, Eropah, Singapura dan India pada 2014.

“Syarikat ini merupakan antara syarikat tempatan yang berjaya menempah dan memperkembangkan nama di peringkat global. Aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat ini turut digunakan oleh syarikat-syarikat yang tersenarai sebagai Fortune 500,” kata MKN dalam satu kenyataan.

Sehingga kini, KPISoft mempunyai pejabat operasi di 15 buah negara. Meskipun begitu, pengurusan utama
KPISoft masih berpangkalan di Malaysia.

Anuar Rozhan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi KPISoft Malaysia dan Asia Pasifik. Ketua Pengawai Kewangan Global dan Ketua Arkitek Pembangunan Aplikasi Global juga merupakan rakyat Malaysia dan melaksanakan operasi global di Malaysia.

Menurut MKN, pembangunan MySejahtera merupakan kerjasama strategik antara MKN, Kementerian Kesihatan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia  (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Pembangunan MySejahtera bermula apabila pihak KKM telah memohon bantuan NACSA, MKN dan MAMPU sewaktu bermulanya PKP untuk menilai satu aplikasi yang dibangunkan oleh Syarikat KPISoft Sdn Bhd secara CSR untuk dijadikan aplikasi diperingkat nasional bagi pengawasan penularan wabak COVID-19.

“Penilaian yang dilaksanakan oleh pihak NACSA, MKN dan MAMPU mendapati bahawa aplikasi ini paling tersedia untuk dilaksanakan di peringkat nasional berbanding dengan mana-mana aplikasi yang ditawarkan kepada Kerajaan pada masa tersebut dengan mengambil kira keperluan mendesak daripada KKM,” kata MKN.

Sebelum ini Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) mendakwa MySejahtera yang diperkenalkan untuk pengesanan kontak Covid-19, yang dibangunkan dengan usaha sama syarikat luar negara, KPISoft Inc dari Amerika Syarikat yang mempunyai ibu pejabat Asia di Singapura.-SM

(Visited 1,258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button