Nasional

Lawatan rasmi PM ke Arab Saudi gambarkan kepentingan hubungan diplomatik dan kerjasama

HASIL lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi pada 22 – 24 Mac lalu, ia mencerminkan komitmen Malaysia untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih kukuh dan komprehensif.

Dalam konteks ini, Perdana Menteri telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin Islam termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia (MWL) dan Presiden Bank Pembangunan Islam (IsDB).

Semasa di IsDB, Perdana Menteri turut menyampaikan ucaptama dalam satu majlis yang dihadiri lebih 300 orang tetamu termasuk Presiden pertama IsDB serta tokoh-tokoh ilmuan dan pakar-pakar ekonomi dan kewangan.

Demikian menurut kenyataan Wisma Putra dalam menjawab isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak dan dimainkan secara negatif oleh kelompok tertentu.

Menurut Wisma Putra, tindakan sedemikian jelas tidak adil kepada Kementerian Luar dan Kerajaan Malaysia serta juga kepada Kementerian Luar Negeri dan Kerajaan Arab Saudi.

“Perdana Menteri turut mengadakan sesi meja bulat perniagaan bersama 20 orang ahli perniagaan terkemuka Arab Saudi serta wakil-wakil komuniti perniagaan Malaysia.

“Semasa sesi tersebut, beliau telah menyaksikan pemeteraian dan pertukaran memorandum persefahaman dan kerjasama di antara syarikat-syarikat Malaysia dan Arab Saudi,” ujar Wisma Putra.

Kerjasama antara syarikat membabitkanJoint Venture Agreement antara Dagang Nexchange Bhd. dan Ajlan & Bros Holding Group Co.

Jelas Wisma Putra lagi, usahasama ini melibatkan kerjasama bagi pengeluaran cip untuk semikonduktor termasuk pembukaan kilang di Negeri Sembilan.

Memorandum Persetujuan (MoA) antara Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Wadi Makkah Knowledge Co. Ia melibatkan aspek latihan kepada jemaah haji di seluruh dunia, katanya.

“Memorandum Persefahaman (MoU) antara Qhub International Sdn. Bhd. dan Eromman Technologies berkenaan produk kelengkapan rumah.

“Perdana Menteri juga turut hadir sesi perjumpaan dan iftar bersama rakyat Malaysia di Jeddah dan juga di Madinah,” ujar Wisma Putra dalam kenyataan yang sama.

Kenyataan itu turut menyebut, kesimpulan KLN telah mengatur urus persiapan awal dan perjalanan Lawatan Rasmi Perdana Menteri ke Arab Saudi secara profesional dan berdasarkan prosedur operasi tetap (SOP) bagi lawatan-lawatan rasmi pemimpin ke luar negara.

“Dengan penjelasan ini, perkara-perkara yang dibangkitkan lebih bersifat spekulasi dan jauh menyimpang daripada fakta sebenar berhubung lawatan berkenaan dapat dihuraikan dan diberikan pencerahan,” katanya. -SM

BACA Anwar tiba di Bangkok untuk lawatan rasmi dua hari

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button