Nasional

Lapan terbunuh bot karam di timur Pakistan

SEKURANG-KURANGNYA lapan orang terbunuh selepas bot dinaiki karam di Sungai Sutlej di daerah timur Okara, Pakistan, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut polis tempatan kemalangan berlaku ketika bot yang membawa 40 penumpang itu sedang menyeberangi sungai berhampiran kawasan Malhu Sheikha.

Menurut pegawai penyelamat, lapan mayat telah ditemui, misi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih berjalan.

Polis berkata angka korban dijangka meningkat dan punca kejadian belum dapat dipastikan.

Ekoran kemalangan itu, semua anggota pentadbiran dan pasukan penyelamat daerah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sukarelawan dari kawasan berdekatan turut dikerahkan bagi membantu misi mencari dan menyelamat. — BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button