Politik

Lantikan politik dalam GLC perlu patuh kriteria khusus

PELANTIKAN hanya Ahli Parlimen yang berkelayakan ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjadi amalan kerajaan sejak dahulu lagi.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen yang dipilih harus melalui tapisan melibatkan beberapa agensi kerajaan sesuai dengan Akta Syarikat 2016.

Agensi tersebut termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Insolvensi dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah.

Selain itu penilaian terhadap kelayakan, pengalaman dan kepakaran turut menjadi elemen dalam memilih anggota Parlimen menyertai GLC.

“Hanya anggota Parlimen yang berkelayakan dilantik ke dalam syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan GLC lain.

BACA > Pelumba Petronas Yamaha SRT tunjuk keputusan positif pada sesi latihan GP Sepanyol — Suara Merdeka

“Bagi syarikat MKD yang tersenarai di Bursa Malaysia, pencalonan sebagai pengerusi atau ahli lembaga pengarah (BOD) akan melalui pertimbangan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan serta lembaga pengarah syarikat.

“Setelah diluluskan, barulan calon tersebut dikemukakan kepada Bursa Malaysia untuk pengumuman.

“Bagi syarikat yang tidak tersenarai dalam Bursa, proses sama tetap berlaku tanpa pengumuman kepada Bursa.”

Demikian kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dipetik laporan portal Malaysiakini hari ini.

GLC
ANWAR IBRAHIM

Beliau memberi penjelasan itu dalam Parlimen pada 15 Julai bagi menjawab soalan Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu tersebut.

Tambah Tengku Zafrul, pelantikan ahli politik dalam GLC juga selaras dengan Malaysian Code of Corporate Governance 2017 serta mekanisme semak dan imbang.

BACA > 96 orang kembali dari India tidak dibenarkan kuarantin di rumah — Suara Merdeka

“Pelantikan ahli politik adalah sebagai pengerusi bukan eksekutif yang mana terdapat batasan kuasa antara lembaga pengarah dan pengurusan.

“Selaras dengan Malaysian Code of Corporate Governance 2017 dan mekanisme semak dan imbang.

“Kesimpulannya, pelantikan BOD syarikat MKD bukan sekadar mengisi jawatan sebaliknya disuai padan berdasarkan keperluan syarikat.

“Dengan mengambil kira latar belakang dan kebolehan individu.

“Justeru itu, anggota Parlimen yang berkelayakan atau memenuhi kriteria fit and proper sahaja yang dilantik menerajui lembaga pengarah syarikat MKD,” jelasnya.

Sejak pentadbiran Perikatan Nasional (PN), ramai anggota Parlimen daripada gabungan itu dilantik ke dalam GLC dan agensi kerajaan.

BACA > Putra adalah alternatif, tolak gabungan mana-mana parti — Suara Merdeka

Sejumlah kedudukan itu sebelum ini dipegang oleh golongan teknokrat dan profesional. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button