Nasional

Lantik individu patriot ketuai misi perintah kawalan pergerakan

KERAJAAN perlu melantik seorang yang patriot dan berwibawa bagi mengetuai misi Perintah Kawalan Pergerakan.

Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata, pelantikan ketua operasi yang bukan dalam kalangan menteri akan dapat memastikan semua tindakan dan maklumat dijalankan serta disalurkan dengan lancar.

Menurut beliau, semua pihak perlu adil kepada barisan kabinet yang ada kerana mereka baharu saja dilantik dan tidak cukup mahir serta memahami tugas masing-masing dan kini perlu menangani krisis yang begitu besar.

Oleh itu ujar beliau individu yang lebih memahami situasi perlu dilantik mengetuai satu jawatankuasa di bawah Perdana Menteri untuk menyelarasakan semua tindakan.

Negara, kata Haniff belum pernah melalui situasi dan krisis sebesar ini memerlukan individu yang cukup faham dan mahir serta berwibawa mengawal keadaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan gelombang kedua COVID-19 yang telah meragut dua nyawa di negara ini setakat ini.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengumumkan orang ramai perlu mengisi borang khas untuk mendapat kebenaran pergerakan antara negeri.

Bagaimanapun peraturan itu ditarik balik selepas situasi menjadi tidak terkawal apabila orang ramai menyerbu balai-balai polis di seluruh negara.

Dengar audio Haniff untuk kenyataan yang lengkap.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button