Langkah berani Zahid bakal menyelamatkan UMNO
1. Setiap masa ada pemimpinnya dan setiap pemimpin ada masanya. Perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan. Ahmad Zahid Hamidi mewarisi bahtera parti keramat UMNO ketika layarnya sudah patah dan menanti saat untuk tenggelam dalam arus ganas politik tanahair. Malahan beliau menjadikan batang tubuhnya sebagai galang gantinya agar bahtera ini mampu terus belayar ke destinasinya.
2. Sebaik sahaja Presiden UMNO ini mengumumkan senarai calon Barisan Nasional bagi menghadapi PRU 15, seperti diduga ada segelintir mereka yang tidak berpuas hati, dengan pantas menyatakannya secara terbuka di khalayak ramai. Namun Zahid Hamidi telah melalui keadaan jauh lebih mencabar sejak mula menjadi Presiden UMNO pada tahun 2018.
3. Mengemudi UMNO setelah parti itu tewas dalam PRU 14 bukanlah satu tugas yang mudah. Zahid Hamidi pernah diarah oleh Tun Mahathir untuk membubarkan UMNO. Namun Zahid bukanlah calang-calang pemimpin. Beliau tidak mudah mengalah dan tidak rela menjadi boneka kepada bekas Perdana Menteri Pakatan Harapan itu. Beliau tahu tindakan itu mengundang padah buat dirinya secara peribadi. Seperti dirancang, beliau akhirnya terpaksa menghadapi tindakan yang terpilih dalam usaha mencalar reputasinya di mata orang ramai. Saya berharap agar para pengundi tidak terpedaya dengan fitnah musuh yang mempunyai propaganda ‘ikan busuk dari kepala’ dalam usaha menyemai kebencian kepada siapa saja yang menerajui UMNO.
4. Saya yang turut sama mengikuti pengumuman senarai calon BN secara langsung, dapat membaca apa yang cuba dilakukan oleh Zahid. Berbeza dengan pendapat mereka yang skeptikal terhadap Presiden UMNO itu, tindakan Zahid adalah yang terbaik ketika UMNO berusaha untuk mengembalikan kekuatannya. Beliau sedar bahawa PRU15 adalah ‘perang’ yang paling besar dalam sejarah politik Malaysia. Justeru beliau mahukan mereka yang boleh dipercayai untuk berada bersamanya di barisan hadapan pertempuran yang bakal menentukan hidup atau matinya UMNO dan BN. Mempunyai para panglima yang dirasakan akan mempertaikaikan segala arahan dan strateginya akan mengheret kepada kekalahan dan kehancuran. Zahid pernah merasai pengorbanannya demi parti tidak dihargai. Maka sesiapa sahaja berada di tempatnya akan melakukan perkara yang sama. Perlu diingat Ahmad Zahid Hamidi melakukan ini semua untuk kebaikan parti.
Semboyan telah berbunyi. Marilah kita bersama sama Presiden UMNO dalam pertempuran yang bakal dikenang oleh anak cucu kita sebagai ‘perang’ mempertahankan Agama Islam dan memartabatkan maruah bangsa.
Ayuh!