Nasional

Langgar SOP: Kit Siang, Syed Saddiq disiasat polis

Hadir majlis pelancaran buku tanpa pakai pelitup muka

GAMBAR yang menjadi tular memaparkan majlis pelancaran buku yang dihadiri oleh veteran DAP, Lim Kit Siang dan Pengasas parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di atas pentas tanpa memakai pelitup muka mendapat perhatian bukan sahaja dalam kalangan netizen sebaliknya mengundang siasatan polis.

Turut hadir pada majlis tersebut, juga tanpa memakai pelitup muka bergambar bersama Kit Siang dan Syed Saddiq di atas pentas ialah pengarang buku, Kee Thuan Chye.

Sedangkan masing-masing amat tahu dan sedar tanpa pelitup muka ia adalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam pandemik Covid-19 yang masih ada di sekeliling kita.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis sedang menyiasat pelanggaran SOP pada majlis pelancaran buku itu.

“Siasatan dibuat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” kata Noor Dellhan.

Acara pelancaran diadakan di Dewan Konvensyen Sogo pada 11 Januari lalu yang mana ia diadakan bagi melancarkan biografi Lim Kit Siang bertajuk “Lim Kit Siang: Malaysian First” yang ditulis oleh Thuan Chye. – SUMBER FMT – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button