Nasional

Laluan Kelana Jaya sesak, kereta api gagal fungsi

KERETA api gagal berfungsi di stesen LRT Taman Jaya menghala ke Putra Heights mengakibatkan ramai pengguna perkhidmatan rel ini terpaksa berdepan kelewatan dalam perjalanan pagi di laluan Kelana Jaya.

“Kereta api akan bergerak lebih perlahan dan berhenti lebih lama di platform. Pelanggan dinasihatkan untuk mencari pengangkutan alternatif,” kata RapidKL dalam tweet pagi ini.

Berita itu membuatkan netizen kecewa dengan @thatsmyfullname mencadangkan setiap stesen perlu menyediakan surat permohonan maaf untuk pekerja menunjukkan kepada majikan mereka kerana lewat masuk kerja.

“Alangkah buruknya imej pengangkutan awam Malaysia. Kenapa tiada penyelenggaraan?” kata @shenggui04.

Terdahulu, RapidKL berkata, “kereta api yang gagal” sedang dikeluarkan daripada perkhidmatan. Kira-kira sejam kemudian, ia mengarahkan penumpang di stesen Taman Jaya menaiki kereta api di Platform 1 menuju ke Putra Heights.

Ini berlaku apabila pengendali rel melaporkan bahawa satu lagi “kereta api gagal” di laluan Ampang/Sri Petaling telah dihentikan perkhidmatan petang semalam, dengan perkhidmatan dilaporkan kembali normal pada hari itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button