Luar Negara

Lahir 19 Minggu Lebih Cepat, Curtis Bayi Paling Pramatang Yang Berjaya Hidup Lama!

SEORANG bayi lelaki dilahirkan ketika usianya baru mencapai 21 minggu lebih satu hari dengan berat yang tidak mencapai setengah kilogram menjadi bayi paling prematur di dunia yang bertahan hidup.

Bayi tersebut bernama Curtis Means yang lahir di Kota Birmingham, Alabama pada tahun lalu dengan berat hanya 420 gram.

Guinnes World memberikan rekod tersebut kepadanya yang kini berusia 16 bulan serta mengalami perkembangan pesat.

Curtis dilahirkan 19 minggu lebih cepat berbanding kadar kelahiran normal iaitu selama 40 minggu.

Ibunya, Michelle Butler dikejarkan ke hospital pada empat Julai tahun lalu ketika menyambut perayaan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat semasa menyaksikan bunga api yang menghiasi langit malam ketika itu.

Dia berjaya melahirkan sepasang bayi kembar bernama Curtis dan C’Asya ketika makan tengah hari pada keesokan harinya.

C’Asya meninggal dunia sehari kemudian manakala Curtis terus bertahan di Unit Rawatan Rapi dengan peluang hidup kurang daripada satu persen.

Selepas bertahan selama tiga bulan, Curtis akhirnya dilepaskan daripada mesin ventilator dan dibenarkan pulang pada April tahun ini setelah 275 hari dirawat di hospital.

Curtis perlu menggunakan khidmat ahli terapi untuk membantunya belajar bernafas dan makan menggunakan mulut.

“Akhirnya saya dapat membawa Curtis pulang ke rumah dan mengejutkan anak-anak saya yang lebih tua dengan membawa pulang adik lelaki mereka. Ini adalah momen yang saya akan selalu ingat,” kata Butler.

Curtis, yang mempunyai tiga lagi abang, masih memerlukan bantuan oksigen tambahan dan selang makanan, namun doktor mengatakan dia berada dalam keadaan yang sihat.

Seorang pakar neonatologi, Dr Brian Sims di Universiti Alabama di Birmigham yang mengendalikan kes mereka mengatakan kepada Guinness World Records bahawa dia telah melakukan ini hampir 20 tahun namun belum pernah melihat bayi paling muda ini menjadi kuat dan Curtis juga dikatakan mempunyai sesuatu yang istimewa.

Rekod baru yang dipegang oleh Curtis mencatatkan waktu 24 jam lebih cepat daripada rekod sebelumnya yang dipegang oleh bayi bernama Richard Hutchinson dari Wisconsin.

Richard lahir ketika usia kandungan ibunya pada 21 minggu lebih dua hari dan rekod ini tidak dipecahkan selama 34 tahun di mana sebelumnya dipegang oleh bayi lelaki di Ottawa, Kanada yang lahir pada usia 21 minggu lebih lima hari. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button