Luar Negara

Korban COVID-19 di Itali cecah 11,591 orang

KORBAN akibat pandemik koronavirus di Itali meningkat 812 orang, menjadikan 11,591 kes setakat ini.

Bilangan jangkitan pula melonjak melebihi 100,000, dengan 4,050 kes baharu direkodkan, lapor Aljazeera hari ini.

Lebih 800 orang meninggal dunia di Sepanyol dalam tempoh 24 jam terakhir – mencapai 7,340 – manakala kematian di Iran akibat wabak itu meningkat 117 orang kepada 2,757.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meluaskan garis panduan persekutuan mengenai jarak sosial sehingga 30 April selepas seorang pegawai kesihatan terkemuka memberi amaran antara 100,000 hingga 200,000 orang berisiko maut akibat coronavirus di negara tersebut.

AS mempunyai lebih 159,000 jangkitan yang disahkan, jauh melebihi negara-negara lain.

Trump berkata, lebih satu juta rakyat Amerika telah diuji untuk coronavirus dan menggesa orang ramai terus mengikut langkah-langkah menjauhkan jarak sosial memasuki April ini untuk mencegah penyebaran virus.

“Setiap orang mempunyai peranan untuk memenangi peperangan ini. Setiap warganegara, keluarga dan perniagaan boleh memainkan peranan dalam menghentikan virus ini.

“Ini adalah tugas patriotik yang kita perlu kongsi bersama. Masa mencabar 30 hari mendatang sangat penting,” kata Trump kepada wartawan di White House.

Lebih parah kerajaan Itali didakwa membiarkan para petugas kesihatan ‘memerangi’ COVID-19 tanpa menyediakan peralatan pelindungan diri (PPE) sehingga menyebabkan lebih 50 orang doktor menjadi korban dijangkiti virus tersebut.

Presiden Persatuan Doktor Itali  Filippo Anelli menggesa agar petugas kesihatan di negara itu dibekalkan dengan alat perlindungan diri bagi mengelakkan mereka dijangkiti ketika merawat pesakit.

“Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah melindungi pekerja penjagaan kesihatan, untuk memastikan mereka bukan penyebaran virus. Doktor kami telah dihantar ke peperangan tanpa senjata,” kata Anelli kepada The Financial Times.

Pada masa sama kerajaan Itali terus buntu apabila harapan wabak koronavirus menurun semalam tidak menjadi kenyataan apabila data menunjukkan jumlah kes baharu dan angka korban terus meningkat – menyaksikan betapa sukarnya untuk membendung wabak tersebut.

Ketika ini mereka gagal menghalang penularan wabak itu dengan setiap hari kes baharu yang dicatatkan terus meningkat.

Jumlah kematian pula setiap menunjukkan angka yang membimbangkan malah menjadi negara dengan jumlah kematian akibat covid-19 terttinggi di  dunia.

Malah Itali dianggap sebagai pusat kepada wabak Covid-19 di Eropah ekoran jumlah kes dan kematian yang tinggi diikuti oleh Sepanyol yang turut mencatatkan kematian yang tinggi.

Punca kepada kemudaratan itu ialah kerajaan Itali dikatakan lambat bertindak dan rakyat Itali degil tak ikut arahan maka sebab itu wabak merebak dengan cepat sampai tak terkawal.

Malah sikap dan budaya masyarakat Itali turut menyebabkan virus itu cepat merebak sementara masalah birokrasi menyebabkan tindakan tidak dapat dilakukan dengan pantas seperti China. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button