Hiburan

Konflik rumah tangga Cik Epal enggan dedah rahsia, Jofliam nafi tuduhan curang

PEMPEGARUH dan usahawan, Cik Epal, memilih untuk tidak memburukkan lagi keadaan berhubung konflik rumah tangga yang sedang dihadapinya bersama suami, Jofliam, baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Instagramnya, Cik Epal menegaskan bahawa dia masih menghormati Jofliam sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka, Han dan Yuki.

“Aku masih hormat dia sebagai ayah yang sangat baik dan bertanggungjawab kepada Han & Yuki,” kata Cik Epal.

Menurutnya lagi, dia tidak suka mendedahkan masalah rumah tangga di media sosial dan percaya perkara tersebut lebih baik disimpan antara mereka berdua kerana belum ada sebarang keputusan muktamad.

“Sebenarnya, aku tak suka nak dedahkan hal rumah tangga di media sosial. Biar aku dan dia sahaja tahu perkara sebenar kerana masih tiada keputusan,” tambahnya.

Cik Epal juga menyatakan hasratnya untuk tidak memburukkan keadaan dan ingin menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara baik. Dia berharap orang ramai dapat mendoakannya agar dia mampu mengendalikan situasi ini dengan tenang dan matang.

“Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku percaya setiap apa yang berlaku pasti ada jalan penyelesaian yang terbaik. Korang doakan aku dapat handle situasi ini dengan tenang dan matang,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, timbul kontroversi di media sosial apabila Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan pembantu peribadinya, Dewi.

Namun, Jofliam menafikan segala tuduhan tersebut yang disifatkannya sebagai fitnah. Dia juga menggunakan media sosial untuk membuat kenyataan kerana katanya tiada medium lain untuk menjelaskan perkara itu.

Selain itu, status yang dinyatakan oleh Jofliam, “saya dengan Cik Epal bukan lagi suami isteri,” menimbulkan persoalan di kalangan orang ramai. Bagaimanapun, Jofliam menjelaskan bahawa status sebenar perkahwinan mereka hanya akan diketahui pada bulan ini.

Terdahulu, Jofliam menjelaskan menurusi media sosialnya Instastory, semua yang berlaku berpunca daripada fitnah apabila dia membawa staf wanitanya bernama Dewi dan pasukan pizzanya ke Jepun.

Bagaimanapun, Jofliam menegaskan, sepanjang perkahwinan dia tidak pernah berlaku curang walaupun sesaat dengan isteri.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button