Nasional

Komited kekal hubungan walau HSR batal

PEMIMPIN Malaysia dan Singapura, tidak mahu jadikan isu Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) merencatkan hubungan dua hala kedua-dua negar itu.

Sebaliknya, selain projek HSR, masih banyak lagi peluang bagi Malaysia dan negara jiran untuk meneroka peluang ekonomi lain.

Malah, pelbagai bidang lain juga wajar diceburi untuk mengukuhkan hubungan kedua-dua negara.

“Kedua-dua negara kekal komited untuk mengekalkan hubungan dua hala yang baik dan bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang termasuk mengukuhkan hubungan kedua-dua negara.”

Demikian satu kenyataan bersama antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rakan sejawatnya di Singapura, Lee Hsien Long.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan, projek HSR terbatal selepas tempoh perjanjiannya tamat pada 31 Disember lalu.

Katanya lagi, beberapa siri pertemuan dan perbincangan diadakan antara kedua-dua pemimpin sebelum ini, namun tiada persetujuan dicapai.

Malah, Kerajaan Malaysia dilaporkan sebelum ini pernah mencadangkan untuk melakukan penyesuaian terhadap projek berkenaan ekoran serangan pandemik Koronavirus (Covid-19).

“Kedua-dua kerajaan telah mengadakan beberapa perbincangan berhubung perubahan ini dan belum dapat mencapai persetujuan.

“Oleh itu Perjanjian HSR telah luput pada 31 Disember 2020,” katanya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pemimpin negara itu akan kan mematuhi kewajipan masing-masing dan meneruskan tindakan yang perlu, hasil daripada penamatan Perjanjian HSR.

Terdahulu, Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian untuk melaksana projek HSR pada 13 Disember 2016 dan dijadualkan siap pada 2026.

Perjanjian dua hala yang penting itu bagaimanapun tertangguh pada September 2018 apabila Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kepimpinan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Namun, projek HSR sepanjang 350 kilometer itu akhirnya terbatal selepas perjanjiannya tamat semalam.

Sekiranya HSR diteruskan, pengguna di kedua-dua negara dapat menikmati perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi yang memendekkan masa perjalanan antara Singapura dengan Kuala Lumpur kepada 90 minit. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button