Kolej Harun Aminurrashid UPSI imarah budaya inovasi
BUDAYA inovasi perlu diterapkan dalam kalangan mahasiswa terutama yang akan menjadi pendidik selepas bergraduat.
Sehubungan itu, Biro Media, Publisiti dan Perhubungan Awam Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2022/202Biro Media, Publisiti dan Perhubungan Awam, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) sidang 2022/2023 , Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan program Innovation and Creativity Competition bagi menampilkan inovasi mengikut kreativiti masing-masing.
Menurut Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, Dr Che Anuar Che Abdullah program yang diadakan secara bersemuka di dewan kolej berkenaan sangat relevan dengan dunia masa kini berikutan dunia sekarang penuh dengan pelbagai teknologi yang serba canggih dan moden.
Sehubungan itu, katanya, program itu membantu mahasiswa terutama sekali bakal pendidik pada masa hadapan dalam menghasilkan produk inovasi yang kreatif dan menarik dalam pendidikan.
“Program ini menjadi medan perkongsian dan persaingan secara sihat dalam bidang inovasi yang memberi peluang mahasiswa universiti awam dan swasta serta institut perguruan mencetuskan idea inovatif dan kreatif ,” katanya.
Tambahan pula, program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bakal pendidik dalam menggunakan teknologi sebagai satu medium untuk mereka meginovasikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini secara tidak langsung dapat memperkasakan pemikiran generasi muda secara inovatif dan kreatif ke arah merealisasikan Revolusi Industri 4.0.
“Tahniah kepada peserta yang berjaya memenangi pertandingan ini dan diharapkan semua peserta yang menyertai program kekal bersemangat untuk menjadi seorang bakal guru yang kreatif dan inovasi.
Beliau berharap program seumpamanya wajar untuk dijadikan sebagai program tahunan wajib berikutan mendapat sambutan menggalakkan.
Pengarah program, Norhusna Hairulazmi yang juga Exco Media, Publisiti dan Perhubungan Awam MMKHAR 2022/2023 berkata program ini berjaya mencapai objektif apabila elemen digital teknologi dalam pendidikan dapat diterapkan sebaiknya.
Program itu menyaksikan penyertaan seramai 10 mahasiswa UPSI , 20 orang pelajar Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, empat pelajar Institut Perguruan Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan serta lapan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sepanjang program diadakan juga “Forum: Selangkah Ke Alam Perguruan. Bersediakah Anda?” yang menampilkan ahli panel Penolong Setiausaha, Unit Proses Guru Sekolah Menengah, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Malaysia, Mahfuz Mahmood dan Guru Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak, Sungkai, Perak, Farida Yusof.
Mereka menyampaikan pelbagai intipati dan perkongsian menarik untuk peserta forum seperti tips dalam temuduga SPP, tips menjadi guru cemerlang dan sebagainya.
Program ini merupakan kaedah yang terbaik untuk menyuntik semangat dan inspirasi kepada mahasiswa dan mahasiswi agar mampu menghasilkan produk inovasi melalui teknologi yang sedia ada yang menarik serta kreatif dan mampu menaikkan nama Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa.
Hal ini demikian kerana peluang sebegini tidak banyak diberikan kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan dalam pembinaan produk inovasi melalui teknologi yang canggih pada masa kini.
Penasihat program, Dr. Muhammad Ridhwan Sarifin berkata program itu memberi pendedahan yang meluas dan membuka mata mahasiswa mengenai pembinaan produk inovasi yang menggunakan teknologi yang terkini dan menarik.
“Kami berharap tahun hadapan lebih ramai ramai penyertaan mahasiswa dari seluruh Malaysia yang bakal menjadi pendidik mengasah bakat mereka secara lebih mendalam dalam dunia teknologi dari aspek pendidikan.
Tempat pertama dimenangi oleh Nur Rabiatul Adawiyah Mohd Ramli dan Sandra Mae Zhen Vong Towonsing yang mewakili UPSI meraih hadiah wang tunai RM500; kedua, Muhammad Izahan Jaafar dan Muhammad Nurazizi Sharuji (UPSI) menerima RM300 manakala tempat ketiga disandang oleh Wan Nur Afrina Wan Idris dan Zulaikha Ahmad Kamal Azira dari Institut Perguruan Kampus Sultan Abdul Halim menerima hadiah wang tunai RM200.
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
23 MEI 2023
Baca juga : UPSI, Philippine Normal University bina kerjasama bidang pendidikan