Ekonomi

Kitchen Saver guna khidmat selebriti untuk uji produk

Syarikat produk bahan kisar kasar masakan, Anggun Lufya Empire Sdn Bhd sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam memasarkan jenama mereka, Kitchen Saver.

Ini termasuk memfokuskan perniagaan secara atas talian dan di media sosial yang dilihat lebih mudah dan efektif terutama ketika era endemik ini.

Selain sentiasa mengemaskini akaun media sosial mereka, Kitchen Saver juga optimis untuk menggunakan khidmat selebriti, blogger dan pensohor sosial media untuk memberi ulasan mereka menerusi platform masing-masing.

Menurut pengarah nya, Puan Nur Harfiza Hashim,33 dia percaya akan pengaruh figura-figura ini mampu memperkenalkan lagi produknya kepada orang ramai sekaligus turut membantu ejen-ejen
Kitchen Saver yang dilantik lebih mudah untuk memasarkan jualan mereka.

“Saya tahu bukan mudah untuk mendapatkan khidmat mereka yang popular terutamanya selebriti.

“Saya fikir ini adalah peluang saya untuk memperkenalkan lagi Kitchen Saver kepada orang ramai dan membantu ejen-ejen meluaskan lagi pasaran mereka” kata Harfiza

Sebagai permulaan,baru-baru ini Kitchen Saver berbesar hati apabila pelakon popular, Zara Zya sudi untuk memasak menu Kari Daging Rebung menggunakan produk mereka.

“Tekstur dia seakan tumbuk masih ada tekstur-tekstur kasar berbeza dengan pasaran luar. Jadi lepas ini memang mudah untuk memasak” ujar Zara di dalam video ulasannya

Serentak dengan itu juga, para blogger dan pensohor media sosial turut memberikan ulasan mereka.

Teruja dengan ulasan yang diberikan secara kreatif, Harfiza yang mewakili Kitchen Saver berasa terharu apabila mereka memberikan maklum balas yang positif terutamanya memudahkan tugasan
memasak di dapur.

“Setelah saya teliti, bahan-bahan kisar yang mereka gunakan memang asli tidak bercampur dengan terlalu banyak sehingga boleh menjadi cair.

Kepada mereka yang malas atau tidak berkesempatan untuk memotong bawang dan sebagainya, saya cadangkan untuk dapatkan produk Kitchen Saver” kongsi Ashry pula yang terkenal di laman Instagram dalam bidang memasak

Untuk rekod, produk Kitchen Saver mula di pasaran sejak April 2020 dan mempunyai ejen di seluruh Semenanjung Malaysia.

Bernilai RM18 sebotol, Kitchen Saver mempunyai sembilan asas bahan kisar kasar terdiri daripada Bawang Putih Kisar, Bawang Holland Kisar, Bawang Besar Kisar, Kunyit Kisar, Lengkuas Kisar, Serai Kisar, Cili Padi Kisar, Cili Kering Kisar dan Halia Kisar.

Dalam pada itu, syarikat tempatan ini juga bakal memperkenalkan tiga lagi bahan mentah masakan dalam senarai mereka.

“Setelah berbulan-bulan akur dengan SOP dan perintah kawalan pergerakan yang ditetapkan, kini masanya untuk kami mencipta kelainan dan cara-cara inovatif untuk orang ramai memasak di dapur”

“Ramai juga tertanya, boleh pergi jauh ke produk ini atau berapa lama boleh tahan? Itulah Kitchen Saver, kerana produk kami mampu bertahan selama sebulan jika di simpan di dalam ruang simpanan
biasa peti ais manakala jika disimpan di dalam tempat beku ia mampu bertahan selama setahun”

“Malah untuk menarik perhatian para pelanggan, kemasan pada botol produk kami juga direka khas mengikut tema tertentu khususnya hari perayaan” tambah Harfiza lagi

Selaku jenama bahan mentah kisar kasar yang pertama di Malaysia, Kitchen Saver terus kekal berinovasi dengan mengutamakan kualiti produk untuk terus mendapat kepercayaan pelanggan-pelanggan.

Justeru itu, selain diiktiraf Halal dan menerima khidmat nasihat serta bekalan bahan mentah daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kitchen Saver turut menerima dorongan daripada pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

“Untuk menjualnya secara komersial, kami sentiasa mengutamakan kebersihan dan kualiti produk. Disebabkan itu, saya selalu menegaskan kepada ejen-ejen agar menitikberatkan bahawa produk
Kitchen Saver tanpa 3P; pengawet,pewarna dan perisa.

Alhamdulillah setakat ini, segala bahan yang digunakan termasuk air mentah akan dihantar terelebih dahulu kepada pihak MARDI untuk pemeriksaan dan kelulusan.

Malah pekerja kami yang menguruskan produk juga telah mendapat suntikan Typhoid” kata Harfiza

Di kesempatan itu, Harfiza turut mengalu-alukan orang ramai untuk mencuba sendiri aneka produk Kitchen Saver dan menjadikan ia sebagai produk wajib ada di rumah. Dengan Kitchen Saver, masak secara moden, rasa seperti tradisional!

Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran dan promosi terkini Kitchen Saver di halaman Facebook https://www.facebook.com/kitchensaverhq, Instagram https://www.instagram.com/kitchensaverhq/, Shopee; https://shopee.com.my/kitchensaverhq atau lawati laman web mereka di https://kitchensaverhq.com -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button