Nasional

’Kita memilih takdir yang satu, meninggalkan takdir yang lain’

KOMENTAR

SETAKAT ini polis Indonesia mengesahkan tidak akan membatalkan program Ijtimak Dunia Zon Asia di Gowa, Sulawesi yang dijangka mengumpulkan lebih 10,000 jemaah tabligh.

Ijtimak itu turut dihadiri peserta dari Malaysia.

Alasan Ketua Polis Daerah Sulawesi Selatan, Guntur Laupe kepada detikcom.: ““Boleh saja kami melarang dan mengarahkan ia dihentikan. Tetatpi mudaratnya lebih besar daripada baiknya.
“Kenapa? Jemaah nanti keluar dari sana akan singgah di seluruh masjid di Makasar dan akan dijadikan tempat singgah mereka. Pasti begitu.”

COVID-19 yang lebih popular dengan sebutan corona,muncul pertama kali di kota Wuhan, Hubei, China pada Disember 2019 sebelum merebak pantas yang sehingga hari ini mencatatkan kira-kira 8,000 kematian di seluruh dunia.

Dengan para peserta Ijtimak di Sulawesi nekad hadir, ia sekali gus mencetuskan rasa panik di kebanyakan kota di seluruh Indonesia dan Asia Tenggara termasuklah Kuala Lumpur kemungkinan merebaknya virus tersebut.

Tokoh-tokoh Islam ketika ini mengulas perkumpulan jemaah tabligh berkenaan secara berhati-hati – secara rasional dan profesional. Ini sehinggakan yang emosional menganggap wabak COVID-19 sebagai sebahagian dari azab Allah disebabkan dosa-dosa yang diperbuat sebahagian hamba-Nya.

Ya, dalam perspektif agama sekalipun, ia tentu akan mempengaruhi emosi dan pelbagai perasaan para pengikutnya – kerana dari satu sisi ia berdimensi melangkaui lebih tinggi dari pemikiran manusia. Dan sering kali ilmu pengetahuan tidak mampu menjangkau kebenaran agama – walaupun dalam Islam sangat menghormati akal manusia.

Begitupun, ada dua tulisan yang sudah tersebar untuk layak dirujuk. Pertama, tanpa nama penulisnya, yang mengingatkan bagaimana saat Khalifah kedua, Umar bin Khattab menangani wabak Tha’un Amwas (penyakit menular) yang melanda wilayah Syam waktu itu.

Umar dan rombongan yang mendengar berita kemunculan wabak tersebut sebelum memasuki wilayah itu, menghadapi perdebatan para sahabat: apakah akan meneruskan perjalanan atau kembali ke Madinah.

Sebagai pemimpin, Umar memutuskan tidak meneruskan perjalanan dengan alasan: kita memilih takdir yang satu dan meninggalkan takdir yang lain. Ertinya, ikhtiar manusia menjadi penting dalam masalah ini.

Pada bahagian lain, dengan merujuk Hadis Nabi yang diriwiyatkan oleh HR Bukhari menyatakan: “Jika kamu mendengar wabak di suatu wilayah, maka janganlah kalian memasukinya. Tapi, jika terjadi wabak di tempat kamu berada, maka jangan tinggalkan tempat ini. Hal ini setara dengan metod perubatan moden yang dikenal dengan istilah “kuarantin”.

Kedua, tulisan Imam Shamsi Ali yang mengingatkan pentingnya mengambil teladan atas pelbagai peristiwa yang terjadi, sabar menghadapinya, lalu mencari hikmah di sebalik semua itu. Dan tidak berhenti untuk terus berdoa kepada Allah SWT.

Dengan menggunakan istilah yang dipakai oleh Ketua Muhammadiyah Haedar Nasir menghadapi masalah virus Corona kali ini sebagaimana, kita menghadapi masalah pada umumnya perlu menggunakan pendekatan rasional dan spiritual dengan berikhtiar dan berdoa.

Dengan demikian, umat Islam tidak hanya berhenti dengan mengambil kedudukan sebagai hakim, akan tetapi sebagai doktor yang menyikap dan bertindak membantu mangsa.

Dan pada saat kebersamaan berusaha mencari jalan keluar yang dapat menyelamatkan umat manusia, tanpa memandang keturunan, bangsa mahupun agamanya. Wallahua’lam – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button