Tasneem Naturel bakal keluarkan produk terbaharu di pasaran dengan 9 resepi
Produk penjagaan bayi keluaran tempatan, Tasneem kini memperbaharui 9 produk baru dengan resepi yang lebih baik. Pembaharuan ini bukan hanya melibatkan penambahbaikan bahan di dalamnya tetapi juga peralihan kepada pembekal dan pengilang yang lebih tinggi dan komitmen terhadap bahan-bahan semulajadi dan selamat.
Menurut pengasas, Ahmad Rafizal Rafie, keluaran terbaru ini merupakan hikmah produk terputus dan kini memberi fokus memperkenalkan CF Rub, Trub, Sleeptime, CalmTime, Skeenz, Stommy Oil, Resty Oil, CF Bath, dan Mandian Jaunys.
‘’Selepas penelitian menyeluruh terhadap kualiti bahan, vendor, supplier, dan pengilang, kami mengambil inisiatif untuk berkolaborasi dengan rakan kongsi baru yang menepati standard audit ketat dengan pengesahan GMP, HALAL, dan ISO. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami, selaras dengan moto kami, “Give the Best”.
‘’Kami yakin bahawa perubahan ini akan membawa peningkatan signifikan dalam kualiti dan keberkesanan produk, memastikan keselamatan dan kesejahteraan bayi-bayi Tasneem adalah keutamaan kami. Kami berharap rangkaian produk yang diperbaharui ini akan lebih memenuhi keperluan dan harapan pelanggan kami.
Dalam pada itu, Rafizal juga berterima kasih kepada semua pembeli produk Tasnem kerana terus sabar dan menyokong produk keluaran mereka.
”Kami amat berterima kasih atas kesabaran dan sokongan berterusan anda semasa kami menavigasi perubahan ini. Kami menantikan untuk memberikan produk-produk yang diperbaharui ini kepada anda dalam waktu dekat.
Artikle Berkaitan :>
Produk Sarang Burung Walit Asli topik menarik di Radio Klasik FM tengah hari esok