Kini MySejahtera minta keputusan ujian Covid-19
PETALING JAYA: Pengguna MySejahtera kini dikehendaki menyertakan gambar keputusan ujian Covid-19 mereka semasa menghantar kemas kini status kesihatan mereka.
Sebelum ini, pengguna hanya perlu mengisi borang digital semasa membuat laporan ujian kendiri Covid-19 dan mengisytiharkan sama ada mereka disahkan positif, negatif atau jika ujian yang diambil tidak sah.
Kini pengguna perlu memasukkan petikan keputusan ujian Covid-19 mereka dan menyatakan tempat dan bila ujian itu diambil.
Ujian kendiri telah disyorkan oleh ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebelum orang ramai menghadiri perhimpunan atau acara awam, atau jika mereka mengalami gejala Covid-19.
Berdasarkan protokol terbaharu yang diterbitkan pada 17 Feb, kenalan rapat dikehendaki mengasingkan diri selama lima hari jika mereka telah menerima dos penggalak dan menjalankan ujian kendiri selepas tempoh kuarantin.
Mereka yang telah divaksin sepenuhnya tetapi masih belum menerima dos penggalak mereka perlu dikuarantin sendiri selama tujuh hari manakala mereka yang tidak divaksin sepenuhnya perlu kuarantin selama 10 hari.