Khalid Samad Jual Tanah Milik KLFA Secara ‘Semburit’ & Malukan Zaman PH?
Zaman Pakatan Harapan (PH) dikatakan majoriti dikuasai oleh golongan yang beriman, suci, bebas rasuah, bijak dan pandai, serta takkan sesekali melakukan kesalahan dari sudut perundangan dan politik.
Salah seorang yang menjulang idea ini adalah bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) iaitu Khalid Samad yang begitu disegani dengan kemuliaannya.
Namun amat menyedihkan, PH bagaikan dihambur racun dan duri yang berbisa apabila ada sahaja mana-mana menteri dalam PH membuat onar, melanggar aturan yang ditetapkan dan kini diketahui umum.
Misalnya dalam satu posting Che’GuBard Original, beliau mendedahkan bahawa Khalid pernah memohon sesuatu kepada Khalid dan Khalid meluluskan apa yang telah dimohon oleh Khalid.
Jalan ceritanya samalah seperti yang pernah disembangkan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu tentang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak suatu ketika dahulu.
Kini ia bagaikan menjadi ‘tulah’ dan terkenan pada perangai salah seorang pemimpin PH yang cukup lantang dan berkarisma tinggi seperti Khalid Samad yang memiliki aura luar biasa.
Kata Che’GuBard, Khalid Samad kantoi bagi sokongan dan minit arahan kepada KSN / Datuk Bandar ganggu proses ambil alih tanah kerajaan.
“Bukan sahaja tanpa proses tender yang dijanjikan malah siap tulisan tangan menteri terus ganggu pegawai pegawai kerajaan.
“Khalid Samad selaku Presiden KLFA telah meminta DBKL bantuan kewangan lebih RM10 juta. Permohonan Khalid Samad itu telah mendapat ‘minit’ sokongan ‘arahan’ dari Menteri Wilayah Persekutuan,” katanya.
Bukan itu sahaja, Che’GuBard turut mendedahkan ketika Khalid Samad selaku Presiden KLFA, telah ‘terjual’ tanah akedemi KLFA dengan bayaran secara bulanan kepada Jakel.
“Beberapa exco KLFA turut memaklumkan mereka tidak mengetahui langsung mengenai penjualan tersebut dan wujud banyak pertikaian dari segi proses dan nilai.
“Itu belum sebut lagi tanah KLFA yang diberi DBKL kemudian dijual kepada sebuah syarikat pemaju dikenali kroni pemimpin kerajaan sebelum PH.
“Tanah yang dijual itu dikatakan dijual di bawah pasaran kerana syarikat pemaju itu siap buat untung jual kepada pemaju yang lain pula dalam masa singkat untuk dimajukan,” tulis Che’GuBard.
Kredit: Che’GuBard Original
P/s: Tulisan ini tidak menggambarkan pendirian Suara Merdeka dan Suara Merdeka tidak bertanggungjawab atas sebarang komentar yang bersifat negatif dan berbaur provokasi.