Nasional

Sarawak, Perlis hampiri 90% dewasa lengkap divaksin

Sarawak dan Perlis menghampiri 90 peratus penduduk dewasa lengkap menerima vaksin Covid-19 iaitu sasaran yang telah dicapai di Lembah Kelang, Labuan dan Negeri Sembilan.

Sarawak mencatatkan 89.4 peratus manakala Perlis pula 89.3 peratus orang dewasa telah disuntik dengan dua dos vaksin.

Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencapai 109.4 peratus dewasa lengkap divaksin, Labuan (98.2 peratus) dan Negeri Sembilan (96.1 peratus).

Keseluruhan 83.7 peratus atau 19.604 juta orang dewasa di negara ini telah menerima dua dos suntikan menghampiri sasaran 90 peratus bagi pembukaan semula sempadan negeri seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini.


Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan AKses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) 93.7 peratus atau 21.944 juta orang dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Data JKJAV turut memaparkan keseluruhan seramai 22.834 juta rakyat Malaysia telah menerima satu dos suntikan dan daripada jumlah itu 19.633 telah lengkap divaksin.-SM

(Visited 12 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button