Umum mengetahui bahawa pelitup muka di tempat orang yang berkapasiti tinggi adalah wajib bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga.
Namun dari segi kepimpinan, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berjaya dirakam lensa kamera dalam sidang khas Dewan Rakyat mengabaikan aspek demikian secara terang-terangan.
Berbeza dengan ahli politik Pakatan Harapan (PH) yang lain, kebanyakannya dilihat memakai pelitup muka sepanjang sidang khas Dewan Rakyat mahu pun ketika mahu berucap.
Sementara itu, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mewakili Barisan Nasional juga dilihat mengabaikan SOP yang serupa ketika berucap dan perkara ini perlu mendapat perhatian yang serius.
Biar pun sudah diberikan kebenaran sekali pun, ahli parlimen tidak ada beza dengan rakyat biasa dan masing-masing tidak perlu diasingkan undang-undangnya.
Isu kesihatan awam dan tindakan menangani pandemik Covid-19 yang melanda negara menjadi tumpuan utama pada hari kedua Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14, hari ini.