Rencah Hidup

Khairul Aming kemukakan 8 tuntutan kepada si ‘ciplak’ sambalnya

Usahawan dan pempegaruh media terkenal Khairul Aming bakal mengenakan tindakan terhadap individu yang cuba ‘ciplak’ sambalnya, katanya peguam telah menghantar letter of demand for Infringement of intellectual. Property Right and Passing Off.

Lapan tuntutan telah disenaraikan, jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan tersebut, Khairul akan bawa kes ini ke peringkat seterusnya.

Menurutnya lagi Sambal Nyet telah didaftarkan trademark di MyIPO dan telah diluluskan pada Tarikh 2 Nov 2021.

”Sebenarnya ini bukan kali pertama tentang isu sambal diciplak, pernah terjadi pada 3 tahun lepas dan saya yakin ramai orang tahu pasal kes itu tapi itulah ramai juga orang yang degil, kita kena ingat setiap apa yang kita buat itu ada dia punya legal consequences dia

‘’Saya selalu beri sokongan kepada peniaga kecil tapi berniagalah dengan cara yang beretika dan berhemah, jangan aniaya orang ramai macam itu’’ katanya menerusi video yang dimuat naik melalui Instagramnya.

@khairulaming

Berkenaan dengan isu Sambal Nyet ciplak semalam, kita telah pun mengenal pasti penjual tersebut dan peguam kita telah pun menghantar letter of demand for Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off. Ada lapan tuntutan yang kita telah senaraikan dan jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan tersebut kita akan bawa kes ini ke peringkat seterusnya. Sambal Nyet telah didaftarkan trademark di MyIPO dan telah diluluskan pada tarikh 2 Nov 2021. Saya selalu beri sokongan kepada peniaga kecil tapi berniagalah dengan cara yang beretika dan berhemah. Jangan aniaya orang ramai macam ni

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata para pengikutnya memberikan komen menyokong tindakan pempegaruh itu selain kagum dengan caranya yang tenang memberi penjelasan mengenai kes berlaku.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila ada invidu yang cuba meniru perniagaan seperti Khairul Aming, rata-rata netizen ramai yang tertipu dan terbeli produk keluaran dari ‘Khairi’.

Artikle Berkaitan :>

Netizen keliru antara sambal Khairul Aming dan Khairi, hampir serupa

Wanita mohon maaf palsukan Sambal Nyet Berapi Khairulaming

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button