Ekonomi

KFC tawar rasa eksotik dari timur tengah dengan Arabian Spice Crunch

Nikmat disyukuri bersama KFC sepanjang musim perayaan ini

KFC hari ini mengumumkan menu baharu dalam menambah keseronokan berbuka puasa dan sambutan Hari Raya dengan hidangan sedap menjilat jari ala Arab dengan menikmati rasa baharu dicipta menggunakan rempah ratus Arab yang pasti menyengat dengan KFC Arabian Spice Crunch baharu.

Dengan Arabian Spice Crunch, KFC membawa deria rasa anda ke pengembaraan eksotik Timur Tengah di mana gabungan aneka rempah ratus Arab yang beraroma harum seperti paprika manis, minyak zaitun, buah pelaga, dan banyak lagi menyaluti sempurna ayam goreng Hot & Spicy signature kami.

Anda bakal menikmati cetusan rasa tajam namun beraromatik yang pedas, manis, dan salai (smoky) dan pasti memuaskan selera anda dengan setiap gigitan rangup.

“Di KFC, kami percaya juadah makanan tidak sepatutnya membosankan dan kami sentiasa berinovasi untuk membawakan rasa baharu yang lazat, lebih-lebih lagi untuk menceriakan sambutan Ramadhan dan Raya anda.

Dengan menu terbaharu Arabian Spice Crunch, kami berharap ianya membawakan kegembiraan kepada anda dan mereka yang tersayang dalam menyambut hari-hari istimewa ini bersama,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

Bermula RM17.49, KFC Arabian Spice Cunch boleh didapati untuk waktu terhad di restoran KFC seluruh negara bermula 16 Mac. Anda boleh menikmati hidangan ini melalui 3 pilihan: (1) Kombo 2-ketul, (2) Kombo 3-ketul, dan (3) Box Meal.

Pada masa yang sama turut diumukan juga KFC Bucket Kongsi dengan Nuget Pedas baharu juga boleh didapati dalam Kombo 6-ketul, 10-ketul, atau 12-ketul. Bucket ini pasti memeriahkan suasana himpunan Ramadan & Raya anda.

Tambahan lagi, untuk memudahkan anda semasa bulan Ramadan bermula 23 Mac sehingga 21 April 2023, hidangan sahur boleh didapati seawal 4 pagi di restoran KFC terpilih seluruh negara di mana anda boleh mendapatkan hidangan sarapan penarik selera seperti Nasi Lemak KFC, Bubur Zinger, dan KFC Hot Teh Tarik yang baharu dilancarkan.

Dapatkan KFC Arabian Spice Crunch, Bucket Kongsi, dan Sarapan KFC di restoran KFC seluruh negara melalui seluruh saluran khidmat kami termasuk makan di restoran, pandu lalu, Penghantaran & Self Collect.

Sementara itu, hidangan sahur bakal boleh didapati melalui khidmat makan di restoran dan pandu lalu di restoran KFC Breakfast (24-jam) di seluruh negara ketika bulan Ramadan. Untuk maklumat lanjut, layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC. – SM 

Artikel berkaitan > Cheezy O.R. Duo baharu kekal sebahagian menu burger KFC Malaysia

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button