
Kesihatan Jamal Yunos Merosot, Kanser Merebak ke Otak
KESIHATAN Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, dilaporkan semakin merosot dan kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Ampang.
Memetik dari Berita Harian, Ketika dihubungi, Jamal mengesahkan beliau telah dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu selepas mengalami kesakitan di bahagian leher dan kepala ketika berada di rumah.
“Hasil ujian pengimejan resonans magnet (MRI) yang dijalankan mendapati sel kanser yang sebelum ini berada di paru-paru telah merebak ke bahagian otak dan berukuran kira-kira tiga sentimeter (cm),” katanya s
Sehubungan itu, beliau memohon doa daripada orang ramai agar diberi kesembuhan daripada penyakit yang dihidapinya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Jamal beberapa kali dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi kanser paru-paru tahap empat.
Keadaannya mula merosot sejak September 2022, menyebabkan beliau mengalami kelemahan fizikal serta penurunan berat badan yang ketara.