Politik

Kesepakatan dalam PN, jangan ketepikan akar umbi

PARA pemimpin parti politik yang mendokong pimpinan Perikatan Nasional (PN) khusunya UMNO tidak mengenepikan akar umbi dalam sebarang persetujuan yang dicapai.

Persetujuan akar umbi adalah penting dalam menentukan kejayaan parti terutama dalam berhadapan pilihan raya.

Ini kerana undian daripada akar umbi adalah terjemahan kepada sokongan yakan diberikan ketika mengundi nanti.

Justeru sebaiknya, persetujuan yang dicapai di peringkat Perikatan Nasional diharap memberi kebaikan kepada akar umbi.

Ia perlu diterima  seperti mana penerimaan mereka terhadap Muafakat Nasional (MN).

“Memang wajar dan tidak asing untuk ketua-ketua parti yang mendokong kerajaan PN mengadakan pertemuan.

BACA > COVID-19: Angka kematian seluruh dunia lebih 512,000 — Suara Merdeka

“Yang penting setiap perkara yang dibincang perlu dibawa balik ke parti masing2 untuk mendapat sokongan dan persetujuan.

“Dan inilah yang di amalkan khususnya oleh UMNO kerana mengenepikannya hanya akan menjadikan sesuatu keputusan itu indah khabar dari rupa.”

Demikian kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Facebooknya mengulas pertemuan pemimpin parti dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam.

Pertemuan yang berlangsung di Putrajaya itu dihadiri pemimpin parti termasuk Pas dan komponen dalam Barisan Nasional.

Turut hadir juga adalah pemimpin parti politik dari Sabah dan Sarawak seperti Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup dan Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

BACA > Tragedi bot dibadai ribut: Operasi hari keempat pencarian 3 mangsa masih hilang — Suara Merdeka

Terdahulu, pimpinan daripada UMNO maklum akan menyokong kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya UMUM ke-15.

foto

Bagaimanapun terdapat ura-ura menyatakan Bersatu dan Perikatan Nasional akan bersama dengan Barisan Nasional dalam PRU tersebut.

Namun tidak dinyatakan terjemahan gabungan itu sama ada melalui pembentukan parti baharu ataupun sebaliknya.

Susulan itu juga, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan PRU-15 perlu diadakan segera bagi mendapatkan semula mandat baharu daripada rakyat.

Justeru, beliau juga menyerahkan kepada pimpinan PN mengenai lambang yang akan digunakan dalam pilihan raya nanti.

BACA > PRU-15: Jangan tunggu sampai Anwar, Tun M ‘bercium’ semula — Suara Merdeka

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pimpinan supaya menggunakan logo parti sedia ada untuk memudahkan rakyat membuat keputusan menyokong parti yang patut diundi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button