HiburanMahkamah

Kes saman Siti Nordiana: PR FMC Sam Samin dan MUA fail pembelaan

KES fitnah penyanyi Siti Nordiana oleh lima individu termasuk Pegawai Perhubungan Awam (PR) FMC, Sam Musyadzafar Samin atau Sam Samin dan jurusolek (MUA), Razidah Ahmad Senusi atau dikenali sebagai Aida G telah memfailkan pembelaan ke atas tuntutan saman tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

PR FMC Sam Samin

Dalam kes ini, kedua-dua mereka adalah defendan keempat dan kelima dan fail pembelaan disahkan oleh Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli.

Menurut Nurul Hafidzah, secara ringkasnya, berdasarkan pembelaan yang dimasukkan, pihak defendan keempat dan kelima percaya, kes ini adalah tidak wajar diteruskan kerana kata-kata yang diadukan oleh plaintif tidak berbaur fitnah.

“Dakwaan fitnah yang dikemukakan oleh Siti Nordiana terhadap anak-anak guam adalah disangkal,” kata Nurul Hafidzah.

Katanya lagi, menyentuh tentang isu substantif kes saman fitnah itu, tidak ada sebarang elemen fitnah dalam kenyataan atau percakapan anak-anak guamnya.

“Kedua-dua defendan tidak takut kerana mereka berada di sisi kebenaran. Pihak defendan akan berjumpa pihak Siti Nordiana di mahkamah dan barisan peguam kami akan memberikan yang terbaik untuk pembelaan semasa perbicaraan,” ujar Nurul Hafidzah.

Untuk rekod, pada awal Ogos lalu, Siti Nordiana bertindak memfailkan saman terhadap lima individu termasuk defendan keempat dan kelima.

Sebelum ini, Nurul Hafidzah memberitahu, kenyataan yang anak-anak guamnya berkemungkinan muflis sekiranya gagal memasukkan kehadiran beserta penyataan pembelaan selewat-lewatnya 17 Ogos lalu adalah kenyataan yang salah dan dakwaan yang diperihalkan oleh pihak plaintif sebagai tidak tepat.

Kedua-dua anak guam menyangkal dakwaan yang mereka telah memfitnah plaintif dan pihak plaintif tidak berhak menuntut sebarang pampasan atau ganti rugi ke atas defendan.

Pihak defendan percaya semua dakwaan Siti Nordiana adalah tidak berasas dan tiada sebarang kenyataan atau percakapan yang telah dilakukan dengan niat jahat untuk mencemarkan nama baik plaintif, memfitnah atau memusnahkan reputasi plaintif.

Tiga lagi individu yang turut disaman oleh Siti Nordiana ialah Lan Solo  (Lan Kristal), isterinya, Sheila dan penyanyi Syura. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button