Luar Negara

Kes positif Covid-19 cecah 22.5 juta seluruh dunia

KES kumulatif global membabitkan wabak Covid-19 dalam tempoh 24 jam mencecah 22.5 juta dengan lebih 200,000 direkodkan sebagai kes baharu.

Amerika Syarikat (AS) dilaporkan sebagai negara yang terus kekal sebagai paling teruk terjejas gara-gara wabak pendemik itu dengan 5.56 juta kes jangkitan.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan negara samba, Brazil mencatat 3.4 juta kes manakala India pula direkodkan dengan 2.8 juta kes.

Di Rusia, jangkitan Covid-19 menghampiri angka satu juta dan negara-negara seperti Afrika Selatan (596,060), Peru (558,420), Mexico (537,031) dan Columbia (502,178) dapat dilihat melepasi angka setengah juta kes.

Negara yang melepasi angka 300,000 ialah Chile (391,849), Sepanyol (377,906), Iran (352,558), United Kingdom (324,196), Argentina (312,659), dan Arab Saudi (303,973).

Sementara itu, enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Pakistan (290,958), Bangladesh (287,959), Perancis (256,534), Itali (256,118), Turki (254,520) dan Jerman (231,292).

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 adalah Iraq (192,797), Filipina (178,022), Indonesia (147,211), Kanada (125,591), Qatar (116,224), Ecuador (105,508), Bolivia (105,050) Kazakstan (103,815), dan Ukraine (100,810). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button