JenayahNasionalNegeri

Kes hilang IC di Perlis serius naik 200 peratus tahun lalu

KES kehilangan kad pengenalan (IC) di Perlis dilaporkan agak serius ekoran berlaku peningkatan luar biasa iaitu menjangkau 200 peratus pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

Perkara ini didedahkan oleh Ketua Polis Daerah Kangar, Assisten Komisioner, Yusharifuddin Mohd Yusop apabila laporan kehilangan IC tinggi pada tahun 2022 iaitu sebanyak 567 kes berbanding tahun 2021 hanya 200 kes.

“Purata tiga kes kehilangan IC dilaporkan setiap sehari di Perlis tahun lalu adalah di luar jangkaan sekaligus ia memerlukan pemantauan polis dari semasa ke semasa,” katanya di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar.

Yusharifuddin berkata, jumlah laporan kehilangan IC dari Januari sehingga Februari lalu sebanyak 136 kes juga disifatkan tinggi.

“Hasil siasatan pihak polis setakat ini berhubung kehilangan IC ini adalah disebabkan kecuaian atau hilang tanpa disedari,” katanya.

Bagaimanapun katanya setakat ini tiada lagi kes hilang kad pengenalan disebabkan jenayah ragut.

Katanya, setakat ini rata-ratanya yang membuat laporan kehilangan IC ini hanya sekali sahaja.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan memastikan setiap individu yang membuat laporan kehilangan IC ini akan dirakam gambar sebagai rekod polis.

“Ini bagi mengetahui sama ada individu sama berulang kali tampil membuat laporan polis yang kemungkinan terlibat dalam sindiket,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button