Mahkamah

Kes babitkan Zahid ‘tumbang’ – Peguam bela

Pihak pembelaan kes Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyarankan kepada saksi pendakwaan bahawa tiga pertuduhan terhadap Presiden UMNO itu sebagai ‘tumbang’ selepas  saksi terdahulu menyatakan tiada unsur rasuah.

Peguam Hisham Teh Poh Teik berkata,  keterangan Azlan Shah Jaffril berkenaan pertuduhan 16, 17 dan 18 telah jatuh.

Saksi pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fairul Rafiq Hamiruddin, bagaimanapun tidak bersetuju dengan saranan tersebut.

Fairul Rafiq menyambung memberi keterangan setelah perbicaraan kes ditangguh sebelum ini.

Azlan Shah Jafril (saksi pendakwaan ke-38) dalam keterangannya telah menyatakan bahawa tidak ada elemen rasuah di dalam pemberiannya yang di mana kaki ceknya ditulis ‘charity’.

Ahmad Zahid, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum  ini diberitahu bahawa cek bernilai RM300,000 diserahkan kepada bekas timbalan perdana menteri itu ditulis bagi tujuan yuran khidmat rundingan sebelum dipotong dan ditukar kepada tujuan kebajikan.

Pengarah syarikat pemprosesan visa Profound Radiance Sdn Bhd (PRSB) itu berkata beliau sendiri yang menyerahkan cek itu kepada Zahid yang juga menteri dalam negeri ketika itu.

Beliau bagaimanapun berkata, “kerja rundingan” yang ditulis pada cek itu adalah kesilapan pekerjanya.

“Memang sumbangan diberikan bertujuan untuk kebajikan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan pada pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Gan Peng Kun. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button