Kerajaan kenakan cukai barangan mewah mulai tahun ini
KERAJAAN bercadang memperkenalkan Cukai Barang Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis produk tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mahu mengambil pendekatan yang lebih progresif sebagai langkah baharu untuk meluaskan asas cukai kepada mereka yang mempunyai kemampuan.
“Kerajaan bercadang memperkenalkan Cukai Barang Mewah mulai tahun ini mengikut jenis barangan mewah termasuk jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 yang disemak pada Jumaat.
Selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, Anwar berkata kerajaan akan memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal untuk pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai 2024 pada kadar yang rendah.
“Kerajaan akan mengadakan sesi perbincangan dengan pihak berkaitan untuk meneliti butiran cadangan ini,” katanya. -SM