Nasional

Kerajaan Arab Saudi haramkan berswafoto di Masjidil Haram dan Masjid An Nabawi

KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga. Bagaimanapun ada hikmahnya jika perkara ini dikuatkuasakan.

Memang ya dan benar perkhabaran yang disebarkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi melarang dan menegah sebarang bentuk perlakuan swafoto atau selfie di Masjidil Haram dan di Masjid An Nabawi di Madinah.

Pelbagai berita tular di media sosial dan sebelum ini Islamic Information Turki Daily Sabha dan Jakarta Post dikatakan giat menular berita tersebut.

Berita larangan berswafoto tular dan tersebar pada tahun 2017.

Berita yang menjadi topik hangat mendapat sokongan daripada pihak pro-Pakistan yang mana mereka yang berbuat demikian, dengan sengaja berselfie di dua tempat suci iaitu di Mekah dan Madinah, akan dirampas telefon bimbit oleh pengawal.

Pihak berkuasa Arab Saudi mengambil langkah ini selepas sekeping gambar dirakamkan oleh seorang individu Yahudi di hadapan kaabah dan menularkan gambar tersebut di media sosial dan mencetuskan kekecohan.

Perbuatan lelaki Yahudi itu amat tidak disenangi oleh umat Islam dan pihak berkuasa Arab Saudi dipersoal oleh komuniti Islam dan kerajaan Arab Saudi, macam mana seorang bukan Islam boleh lolos masuk ke kawasan suci bagi umat Islam.

Persoalan yang dibangkit oleh umat Islam turut mempersoalkan mengapa dibenarkan berselfi dan ditular di media sosial.

Situasi yang sama dilakukan oleh sepasang pasangan dari Turki yang membuat janji di hadapan Kaabah yang mengundang kebimbangan dan rasa tidak senang pada umat Islam.

Ekoran insiden yang berlaku pihak pengawal keselamatan dan kerajaan Arab Saudi telah mengadakan perbincangan dan mengambil keputusan mengharamkan secara total perbuatan berswafoto.

Seperkara lagi sebab mengapa kerajaan Arab Saudi mengambil tindakan drastik mengharamkan dan melarang selfi ialah perbuatan itu mengganggu jemaah ketika mengerjakan ibadah termasuk tawaf. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button