Nasional

Kerajaan ambil langkah susulan pandangan Agong

Kerajaan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kerajaan juga telah mengambil maklum berhubung pandangan yang dikemukakan menerusi Istana Negara itu.

“Dalam sesi-sesi menghadap ke atas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, Perdana Menteri telah menyembah maklum dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai perjalanan pengurusan pandemik COVID-19, penguatkuasaan Ordinan-Ordinan Darurat, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pakej-pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan kepada rakyat, pelaksanaan sidang Parlimen, Pelan Pemulihan Negara dan perkara-perkara lain yang berkaitan,” kata kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengambil langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

BERITA BERKAITAN

Agong mahu persidangan Parlimen dilakukan segera

Tiada keperluan darurat selepas 1 Ogos – Raja-Raja Melayu

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button