Nasional

Kerajaan akan memastikan industri jualan langsung dan francais diperluaskan

PENYAMPAIAN Lesen Jualan Langsung kepada 21 Syarikat jualan langsung telah diadakan di dewan Serbaguna, Putrajaya oleh YBHG Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

“Majlis ini adalah usaha berterusan Kerajaan dalam membangunkan industri jualan langsung dan francais di Negara ini sejajar dengan visi KPDN untuk menjadikan Perdagangan Domestik Tunjang Ekonomi Berpendapatan Tinggi,” katanya.

Menurut beliau, program itu dapat menjadi platform terbaik untuk pemain industri untuk berkenalan dengan pelbagai produk dan perkhidmatan.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Pegawai dan warga KPDN yang menyertai taklimat dari penguatkuasa melalui Revive Talk with Franchise and Direct Selling Industries 2023.

KPDN mengingatkan kepada lemegang lesen dan sijil supaya sentiasa mematuhi segala peraturan yang berkuatkuasa demi menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika serta demi melindungi kepentingan pengguna khususnya berkaitan dengan kos sara hidup. -SM

Baca juga : Anwar tiba di Vientiane untuk lawatan rasmi dua hari

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button