Mahkamah

Keputusan kes Najib: Kawalan ketat di mahkamah

JALAN utama ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta di kawal ketat oleh pihak keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia.

Sekatan dibuat di jalan yang menuju ke kompleks mahkamah berikutan keputusan kes membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini.

Kenderaan yang menujuk ke kompleks mahkamah hanya dibenarkan masuk dan meletakkan kenderaan jika mereka mempunyai kes hari ini.

Pintu pagar utama pula hanya akan dibuka pada pukul 8 pagi dengan wartawan, jurufoto dan juruvideo beratur panjang sebelum dibenarkan masuk.

Bas-bas panjang juga dilihat di jalan-jalan menuju ke kompleks mahkamah dipercayai membawa penyokong Najib.

Malah sebuah kompeks penjaja di hadapan Masjid Wilayah di Jalan Duta ini turut dipenuhi orang awam, satu suasana yang jarang dilihat di sini.

Keputusan kes terhadap bekas Najib atas dakwaan penyelewengan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd akan diketahui pada pukul 10 pagi nanti.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button