Ekonomi

Kepentingan hubungan strategik dengan China dan Amerika demi merancakkan ekonomi – Anwar

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam menyampaikan syarahan umum berjudul “Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific” di Universiti California, Berkeley, beliau singgung kepentingan hubungan strategik antara Malaysia dengan China dan Amerika Syarikat demi kerancakan ekonomi dan kepentingan negara.

Justeru katanya, Malaysia akan terus memperkukuh hubungan meliputi kebhinekaan bidang melibatkan kedua-dua negara tanpa perlu didesak untuk memilih mana-mana blok atau pihak.

“Saya juga jelaskan bahawa Malaysia sentiasa berpegang kepada saluran diplomasi sebagai mekanisme terbaik untuk menyelesaikan sebarang konflik.

“Ruangan ini turut saya gunakan untuk membawa suara Malaysia yang mengutuk sebarang bentuk keganasan dan tindakan membunuh nyawa tidak bersalah, menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai tebusan,” katanya dalam Facebook.

Perdana Menteri Anwar berkata, begitu juga, kami dengan tegas mengutuk pengeboman ke atas orang awam, rumah dan hospital serta kekejaman yang berbangkit terhadap nyawa yang tidak bersalah, kanak-kanak dan wanita tanpa henti di Gaza.

Beliau menegaskan, Malaysia melihat situasi di Gaza sebagai krisis pembantaian secara ‘indiscriminate’ atas nama “memerangi keganasan” oleh rejim Zionis Israel.

“Ia ternyata suatu pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan dan perlu dihentikan serta-merta,” katanya. – SM

BACA Kesan krisis kemanusiaan di Palestin beri kesan kepada hubungan global – Anwar Ibrahim

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button