Nasional

Kenapa orang berumur lebih berisiko kena Covid-19?

DI hampir semua negara yang kini sedang bertarung dengan pandemik Covid-19, orang berumur 65 tahun ke atas diminta untuk kuarantin diri sendiri.

Golongan ini kena pastikan mereka tidak ada hubungan dengan sesiapa sahaja yang mungkin ada risiko boleh menjangkitkan mereka

Memang sedih. Ini bermaksud, datuk, nenek  tidak boleh bergaul mesra dengan anak cucu mereka kemungkinan untuk tempoh yang agak lama dan ini menyebabkan mereka ada risiko terbiar sendirian sama ada secara emosi mahupun fizikal.

Apa yang dibimbangkan bukan sahaja orang tua yang mungkin akan dijangkiti, tetapi juga orang  ada masalah kesihatan di mana kualiti hidup mereka akan menurun disebabkan wabak ini.

Tetapi kenapa langkah ekstrim ini perlu diambil, dan kenapa orang berumur menjadi lebih mudah dihinggapi, menghidap dan mendapat komplikasi akibat coronavirus?

Jawapannya terletak pada sistem ketahanan badan atau imunisasi. Apabila kita semakin berumur ketahanan badan kita melawan virus juga semakin lemah. Kita juga selalunya mula akan mendapat masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis atau diabetes, masalah paru-paru dan kanser

Menurut Dr Amir Khan dari Pusat Perkhidmatan Awam (NHS) United Kingdom, kajian ke atas penduduk di China jelas menunjukkan jika mempunyai kondisisi ini, tidak kira umur, anda berisiko untuk mendapat komplikasi akibat Covid-19.

Jika dicampur dengan faktor umur pula maka risikonya akan bertambah sekali ganda.

SISTEM KETAHANAN

Apabila virus Covid-19 masuk ke dalam badan, kita bergantung kepada sistem ketahanan badan untuk mengesan bahawa ini adalah agen asing, dan badan kita mula bekerja untuk memusnahkannya.

Kesan yang paling ketara apabila umur makin meningkat ialah menurunnya fungsi daya ketahanan badan.

Sudahlah mereka tidak mampu untuk melawan virus, mereka selalu tidak mampu bertindak balas secara berkesan bukan sahaja terhadap agen baharu tetapi juga yang sedia ada.

Bahagian penting dalam sistem ketahanan badan manusia ialah sel darah putih. Ia dihasilkan dalam sumsum tulang sebagai sel pramatang dan bergerak ke bahagian organ yang lain termasuk limpa, dan menjadi matang sebagai tentera yang kita perlukan untuk melawan jangkitan.

Bgai mereka yang berumur, pengeluran sel darah putih dalam sumsum tulang semakin perlahan, dan kadar kematangan juga berkurangan berbanding dengan orang muda, menjadikan golongan tua kekurangan sel darah putih yang diperlukan untu melawan sebarang jangkitan.

Apabila virus corona mula memasuki dan berada  kawasan atas badan kita, adalah penting untuk sistem ketahanan secara pantas mengenal pastinya sebagai agen jahat sebelum ia mula merebak ke dalam paru-paru yang menyebabkan kesukaran bernafas.

Salah satu sebab kita mungkin melihat mereka yang berumur cepat terkesan kerana virus ini ialah sistem ketahanan badan tidak dapat mengenal pasti dengan cepat berbanding dengan orang yang lebih muda.

Apabila ia dapat kenal pasti, virus itu mungkin sudah dalam perjalanan ke paru-paru, dan ia sudah mula melakukan kerosakan ke atas badan kita.

Tetapi, ia tidak berhenti di situ. Ketika kita perlukan sistem ketahanan ini bertindak balas secara agresif ke atas virus ini, kita juga perlukan ia untuk menyerang sel-sel yang terjejas sahaja dalam badan kita dan bukannya sel yang sihat.

SEMAKIN LEMAH

Terdapat bukti bahawa sistem ketahan badan orang yang berumur menjadi semakin lemah untuk mengenal pasti sel sendiri atau bukan sel sendiri – iaitu untuk kenal pasti agen asing.

Ini menyebabkan sistem ketahanan badan tidak dapat ‘menghentikan’ diri sendiri, lalu menyerang sel-sel yang sihat dalam paru-paru dan bahagian lain badan, yang menjadikan kesan akibat Covid-19 semakin teruk.

Walaupun mereka yang berumur pada peringkat ini mula menghasilkan antibodi untuk virus itu, tetapi ia menunjukkan antibodi itu semakin kurang upaya untuk melawan virus berkenaan.

Ini sedikit sebanyak menerang kenapa pneumonia and influenza merupakan masalah biasa dalam kalangan mereka yang berusia dan sering membawa kepada kematian.

Kita semua mempunya tugas untuk melindungi komuniti warga emas. Orang muda mungkin akan mempunyai simptom yang ringan, tetapi menjadi vektor penting dalam melakukan penyebaran dan kelalaian oleh golongan ini akan menyebabkan kematian mereka yang lebih tua daripada kita.

Mungkin kita akan rasa terkilan atau kasihan kerana tidak dapat menziarahi saudara mara yang lebih berusia, tetapi itulah yang paling baik untuk kita lakukan untuk mereka pada masa ini.

Penggilan telefon atau video secara kerap jauh lebih selamat dan akan memastikan mereka tidak diasingkan secara total.

Kalau kita mahu menghantar makanan atau barang keperluan adalah lebih baik jika diletakkan sahaja di depan pintu. Jangan bawa masuk.

Juga penting dan golongan berusia ini mengingatkan diri sendiri bahawa mereka sangat mudah dijangkiti ketika pandemik Covid-19 ini.

Mereka mungkin ada ahli keluarga atau ibu bapa yang perlu dijaga, tetapi pada masa ini duduk berasingan adalah lebih baik demi kebaikan semua.

Kita ada tugas moral untuk menjarakkan diri kita, mencuci tangan, juga pastikan saudara kita yang berusia dijaga. – Al Jazeera.

Artikel ini dipetik daripada Al Jazeera

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button