Nasional

Pastikan tiada rintangan birokrasi agih dana pakej rangsangan

DATUK Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyarankan supaya urusan mengagihkan bantuan kewangan secara besar-besaran ini dimudahkan tanpa rintangan birokrasi.

Presiden UMNO itu berkata, pengagihan dana itu adalah lebih besar daripada BSH dan BR1M yang pernah diagihkan oleh kerajaan sebelum ini.

Kata beliau, database yang dimiliki oleh kerajaan berkaitan dengan penerima yang layak dan katogerinya perlu dipastikan benar-benar tepat dan terkini memandangkan jumlah penerima pada kali ini adalah amat besar berbanding apa yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini menerusi pemberian BRIM dan BSH.

Paling penting, ujar beliau, mengurangkan rintangan birokrasi ketika permohonan agar segenap lapisan rakyat akan dapat menerima bantuan kewangan yang akan disalurkan oleh kerajaan tanpa perlu dibebankan dengan rintangan birokrasi yang menyusahkan mereka.

“Kaedah dan mekanisme agihan serta penyaluran bantuan setiap kementerian dan agensi terlibat perlu jelas dan terperinci bagi memudahkan rakyat berurusan,” katanya.

Saat rakyat sedang bergelut dengan kesusahan dan kesukaran, kata Ahmad Zahid, keutamaan kerajaan adalah mencari solusi terbaik bagi merungkaikan kesukaran tersebut.

Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) PRIHATIN oleh Perdana Menteri yang berjumlah RM 250 bilion, bertujuan membantu meringankan bebanan rakyat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Pakej Prihatin itu bertujuan untuk meringankan beban rakyat daripada semua peringkat yang kehidupan mereka terjejas akibat wabak Covid-19.

Pakej berjumlah RM250 bilion akan memberi manfaat kepada semua dengan hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat.

Sebanyak RM100 bilion lagi untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua.

BACA:

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, pembangkang juga perlu memberikan kerjasama dan dokongan kepada kerajaan bagi membendung penularan pandemik COVID-19 dan tidak mempolitikkan setiap usaha yang dilakukan kerajaan.

“Saya berharap kepada semua rakyat agar tenang dan tabah menghadapi dugaan ini.

“Kita bersama-sama berdoa semoga pandemik COVID-19 ini akan berakhir dengan kadar segera. Kepada Allah kita berserah,” kata Ahmad Zahid.

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button