Nasional

Kementerian Pertahanan komited bantu veteran ATM di seluruh negara

KERAJAAN komited dalam membantu semua veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara menerusi peningkatan peruntukan yang disediakan setiap tahun.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kerajaan telah meningkatkan peruntukan Bayaran Sara Hidup untuk semua veteran ATM di negara ini iaitu daripada RM54 juta kepada RM174 Juta.

Katanya, sehingga 30 Jun ini, seramai 29,331 veteran ATM telah menerima faedah menerusi peruntukan itu yang melibatkan perbelanjaan hampir RM56 juta.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari ketika program lawatan dan sumbangan kepada veteran ATM di Taman Perwira Tawau, semalam.

“Selain itu, kerajaan juga telah meningkatkan peruntukan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM) dari RM118 juta kepada RM244 juta pada tahun ini.

“Semua peruntukan yang disediakan kerajaan itu adalah untuk membantu keperluan veteran ATM sama ada yang berpencen ataupun tidak berpencen,” katanya.

Adly berkata demikian ketika ditemui media menerusi lawatan dan sumbangannya melalui Program Peduli Veteran MADANI kepada veteran ATM di Taman Perwira Tawau, semalam.

Program Peduli Veteran MADANI (PVM) oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari kali ini telah berjaya menyantuni 21 veteran ATM yang uzur dan mengalami sakit kronik di sekitar Tawau, Sabah.

Menurutnya, Kementerian Pertahanan mengariskan lima fokus utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan, dan pemerkasaan ekonomi veteran ATM.

“Justeru, kita optimis bahawa inisiatif PVM adalah bertindak sebagai medan untuk interaksi secara dua hala antara Kementerian Pertahanan dan Veteran ATM.

“PVM akan dijadikan platform bagi menyampaikan sumbangan kebajikan dan insentif keusahawanan kepada veteran ATM dalam menggalakkan sosioekonomi mereka,” katanya.

Beliau berkata, dalam siri lawatan ke Sabah ini membuktikan Kementerian Pertahanan beriltizam untuk terus komited dalam membantu veteran ATM yang uzur dan mengalami sakit kronik.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari ketika melawat salah sebuah keluarga seorang veteran ATM di Taman Perwira Tawau, semalam.

“Kita telah menyerahkan sumbangan berupa barang keperluan seperti makanan, susu kesihatan dan lampin pakai buang kepada veteran yang uzur.

“Kita juga mengagihkan sebanyak 500 Bakul Rahmah kepada persatuan-persatuan veteran setempat untuk diagihkan kepada veteran asnaf,” katanya.

Terdahulu, seramai 594 orang veteran ATM telah dikenal pasti berada di daerah Semporna dan di Tawau pula berjumlah 741 orang.

Ia turut merangkumi keseluruhan veteran ATM di negeri Sabah iaitu seramai 8,068 orang dan 3,174 adalah veteran yang tidak berpencen,” katanya. –SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button