Berita

Kemenangan pedih di Sabah

WALAUPUN menang di Sabah. Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO tidak berapa gembira kerana sekali lagi terpaksa mengalah dengan Bersatu.

Ketika membentuk kerajaan Persekutuan tempoh hari UMNO telah beralah memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, walaupun parti Bersatu dipimpinnya hanya memiliki jumlah kerusi yang kecil berbanding UMNO.

Begitu juga di negeri Perak, UMNO memberi laluan Datuk Seri Faizal Azumu untuk menjadi Menteri Besar.

Di Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin terpaksa beralah dan menerima jawatan Timbalan Ketua Menteri dan memberi lalu kepada Datuk Seri Hajiji Noor untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, esok.

Memang sedih, Bung terperangkap dalam situasi di mana sama ada berada di luar kerajaan Sabah atau bekerjasama dengan Warisan, DAP dan PKR.

Ini adalah kerana Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin boleh melantik Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri berdasarkan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah.

Pada masa yang sama 14 ADUN BN menekan Bung untuk berada dalam kerajaan baharu Sabah dan ada yang telah ditawarkan oleh Shafie untuk melompat ke kemnya.

Berdasarkan situasi itu adalah lebih baik berada di dalam kerajaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Kemenangan yang tidak memberangsang BN iaitu 14 kerusi daripada 31 kerusi ditandingi juga kerana berpunca daripada strategi Bersatu melemahkan BN dengan meletakkan calon Bebas di lapan DUN.

Permainan tikam belakang ini memang telah dijangka sejak awal lagi.

Oleh itu adalah wajar bagi UMNO memberi tumpuan kepada kerjasama dengan Muafakat Nasional bersama Pas serta fokus kepada pilihan raya umum yang bakal berlaku dalam masa terdekat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button