Acara

Kembali ke Zaman Keemasan: Festival Nasi Kandaq 2.0 di Sunway Putra Mall

FESTIVAL Nasi Kandaq 2.0 kembali lagi dari 21 hingga 22 September 2024. Acara ini dianjurkan oleh laman web penggemar makanan FriedChillies dengan kerjasama Sunway Putra Mall dan Nasi Kandaq Hunters. Festival kali ini bertujuan mengimbau nostalgia zaman keemasan nasi kandar pada tahun 70-an, ketika makanan yang dahulunya dinikmati oleh golongan pekerja kolar biru berkembang menjadi salah satu juadah kegemaran rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies, Adly Rizal, selepas kejayaan yang besar penganjuran sebelum ini mendapat sambutan yang hangat kini sekali lagi mengumpulkan kesemua peminat.

“Penganjuran festival Nasi Kandaq tahun lepas mencatatkan kejayaan yang luar biasa dengan kehadiran lebih 20,000 peminat nasi kandar dan menghimpunkan legenda-legenda nasi kandar utama dari seluruh negara di bawah satu bumbung,”

“Kami yakin festival tahun ini akan lebih meriah, dengan penyertaan 11 penjual nasi kandar terbaik dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, dan Ipoh di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.”

Pengurus Besar Kanan Sunway Putra Mall, Danny Lee, berkata,
“Sunway Putra Mall komited untuk menyediakan acara yang menarik kepada pelbagai lapisan masyarakat. Festival seperti ini memberi peluang kepada pengunjung kami untuk berkumpul dan merasai keenakan makanan di lokasi yang mudah diakses.”

https://www.tiktok.com/@friedchillies/video/7410220491232775445?_r=1&_t=8pooamhqD7H&link_tag=1

Sementara itu, Nasi Kandaq Hunters (NKH) turut berbangga dengan kerjasama ini. Badrul Izam, pengasas bersama NKH, berkata, “Kami yakin Nasi Kandaq Fest 2.0 akan menjadi perhimpunan terbesar peminat nasi kandar di Lembah Klang, menampilkan pelbagai juadah menarik dari seluruh negara.”

Kepelbagaian Juadah yang Ditawarkan

Tidak kira sama ada anda seorang penggemar nasi kandar yang tegar atau baru ingin mencubanya, festival ini menawarkan pelbagai jenis kuah campur dengan juadah seperti ayam bawang, daging hitam, serta hidangan istimewa seperti Ayam Piru (ayam belanda) dan Kambing Ros. Ini adalah peluang terbaik untuk menikmati juadah nasi kandar legenda Malaysia tanpa perlu meninggalkan Kuala Lumpur.

Restoran dan Penjual Tersohor

Antara penjual nasi kandar yang akan menyertai festival ini ialah Restoran Yusuf, Relau (Pulau Pinang), Nasi Ganja Yong Suan (Ipoh), Nasi Kandar Kudu (KL), LC Restoran (KL), Hameediyah (KL/Pulau Pinang), Nasi Kandar Talam (Johor), Restoran Majeedia (Ipoh), Nasi Kandar Pelita Chai Leng Park (Pulau Pinang), dan Restoran Jamal Mohamad (Pulau Pinang). Mereka akan menyajikan juadah terkenal masing-masing serta berkongsi cerita di sebalik keunggulan masakan mereka.

Aktiviti Menarik Lain

Festival ini turut menampilkan persembahan pentas seperti pertunjukan cendol teh tarik, demonstrasi memasak, serta pertandingan makan kari berapi yang melimpah ruah. Anda juga berpeluang bertemu sendiri dengan legenda nasi kandar yang akan menunjukkan kemahiran mereka dalam mengadun kuah kari yang menjadi kunci keistimewaan nasi kandar.

Bagi yang ingin mengimbau kenangan lama, festival ini akan diserikan dengan muzik dan persembahan live era 70-an. Para pengunjung juga boleh mempelajari sejarah dan evolusi nasi kandar melalui hiasan klasik dan pameran artifak di Muzium Hameediyah.

Sokongan Penaja dan Kerjasama Strategik

Festival Nasi Kandaq 2.0 ini turut disokong oleh beberapa penaja utama seperti Beras Jasmine, Krimer Manis Able Farm, dan Minyak Masak EcoSafa, yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan kualiti ramuan masakan. Dengan sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, festival ini menjadi acara yang wajib dikunjungi.

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Nasi Kandaq Fest 2.0, anda boleh mengikuti akaun Instagram dan Facebook @friedchillies atau melayari www.friedchillies.com.

Artikle Berkaitan :>

Kemeriahan Sefood Festival dengan harga promosi di Sunway Putra Mall

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button