Nasional

Keluarga perlu jadi benteng gejala najis dadah – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, institusi keluarga yang kukuh mampu mengelakkan pengaruh najis dadah di kalangan masyarakat.

Janganlah sekali-kali terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan pemprosesan, pembekalan, penyeludupan, penjualan serta penagihan najis dadah.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menyempurnakan program ‘Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan ke 38 Tahun 2021 yang disambut pada 19 Februari setiap tahun’ peringkat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diadakan di Masjid Al-Mustaghfirin, Bukit Chabang Jalan Padang Besar pada petang tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut berangkat mengiring ke aktiviti bertemakan sasaran ‘Dadah Terkawal 2025 dapat direalisasikan – “Lebih Baik Cegah” yang disekalikan dengan program ‘Hijrah Minda MAIPs Kali Ke-6 bagi tahun 2021 ini ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Related Articles

Menurut baginda, ‘Najis dadah akan mempengaruhi dari segi tabiat dan kelakuan penagihnya. Seseorang itu akan berubah tabiat dan kelakuan apabila terlibat dengan penagihan najis dadah. Ini adalah akibat awal si penagih.

Titah Tuanku Raja Muda lagi, antara kelakuan yang boleh terjadi akibat pengambilan dadah termasuklah pandai menipu, mencuri, menyamun, merompak untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah serta tidak mengaku terlibat dengan najis dadah.

Kerap kalinya juga para penagih dadah mempengaruhi rakan sebayanya supaya terlibat sama, menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan hanya bergaul dengan kumpulan mereka sahaja.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyempurnakan penyerahan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 25 orang warga asnaf terpilih melalui amil Kariah Bukit Chabang, Yahya Razak.

Usai program, baginda turut berkenan singgah menyantuni seorang lagi warga asnaf di Kariah Beseri, Munah Hassan, 84 yang tinggal bersama anak beliau seorang kelainan upaya yang tidak dapat menguruskan diri.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button