NegeriRencah Hidup

Kelazatan dangai kukus tiada tandingan

HUJUNG minggu jangan pening kepala memikirkan nak saji apa untuk minum petang. Kalau sebut dangai, jarang lah yang akan kata tidak pernah rasa keenakkan kuih tradisional yang kepakaran membuatnya diwarisi individu secara turun-menurun.

Tetapi kalau sebut dangai kukus, memang jarang yang dengar atau tahu kerana ia sebenarnya inovasi dalam pembuatan kuih muih atau “dangai versi moden”/

Modena tau tradisional, bahannya dan rasanya hampir sama, tak ada beza dengan keenakan dangai tradisional yang kita pulun bukan sahaja waktu minum petang tetapi untuk sarapan juga menjadi kuih pilihan.

Apa beza di antara dangai tradisional dengan dangai moden yang dikukus? Jawapannya mudah iaitu dangai tradisional dibakar manakala dangai moden, dikukus.

Pengalaman penulis sendiri apabila pertama kali melihat dangai kukus ini di sebuah gerai kuih di Kangar memang ada kelainan dari segi rupanya.

Kuihnya yang bersaiz kecil ini memang nampak cantik kerana putih berseri dengan kelapa parut manakala bahagian tengahnya diletak gula merah.

Ketika membeli, penulis cuba tanya nama kuih ini tapi sayangnya peniaga sendiri pun tak tahu namanya.

Untuk kepastian itu, penulis cuma mengajukan pertanyaan nama kuih ini dalam satu grup memasak di Facebook (FB) dan akhirnya orang yang membuatnya pun muncul.

Mahani Abu Bakar menunjukkan kuih dangai kukus yang dihasilkannya.

Mahani Abu Bakar, 47, yang membuat kuih dangai kukus ini  menceritakan pada awalnya memang pelanggan melihat kuih jualannya itu macam pelik.

“Minggu pertama, jualan kuih dangai kukus tidak memberangsangkan kerana rata-rata pelanggan masih tak minat dengan kuih baru ini,” katanya yang tinggal di Kampung Salang, Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis.

Bagaimanapun katanya, selepas itu agak menakjubkan apabila dangai kukusnya mula diminati setelah pelanggan mula ulang membeli.

“Alhamdulillah kesedapan dangai kukus mula tersebar dari mulut ke mulut pada pelanggan yang sudah merasa kelazatannya dan semakin hari semakin banyak tempahan diterima,”katanya.

Dangai kukus comel dan sedap.

Beliau berkata, dengan sambutan yang menggalakkan itu, beliau kini menghasilkan kira 500 biji dangai kukus setiap hari.

Dangai kukus ini akan diletakkan di beberapa gerai kuih sekitar Kangar dan tempahan untuk dihantar kepada pelanggan (COD), ujar beliau.

“Bahan untuk membuat dangai kukus ini cuma kelapa parut, tepung pulut dan gula merah. Rasanya yang kenyal-kenyal manis ini sedap dinikmati ketika masih panas,” kata beliau sambil tersenyum manis semanis dangai.

Mahani mengakui yang beliau tidak menyangka bahawa ilmu mempelajari cara-cara membuat dangai kukus dari seorang rakan FB di Perak telah memberi manfaat kepadanya.

Beliau turut menghasilkan kuih tradisional secara sejuk beku seperti onde-onde kacang, onde-onde kelapa, cucur keria, cucur badak, pulut udang, karipap, spera dan sardin gulung.

Mereka yang berminat boleh menghubung Mahani menerusi talian 018 4057331 bagi menikmati kuih muih tradisional di musim pandemik Covid-19 ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button